ALEIX Espargaro mengekang Jorge Martin di Argentina untuk meraih kemenangan MotoGP pertama dalam kariernya -- kemenangan perlumbaan pertama Aprilia sejak pasukan itu kembali pada 2015.
Espargaro yang berusia 32 tahun telah merangkul petak pertama Aprilia dengan prestasi kelayakan yang mengagumkan di Termas de Rio Hondo, dan meneruskan rentak cemerlang apabila meraih kemenangan grand prix yang telah lama ditunggu-tunggu dalam perlumbaan yang mendebarkan.
Espargaro meraih kemenangan pada permulaan yang ke-200 dalam saingan MotoGP, dan dia harus melakukan yang terbaik untuk mengatasi rakan senegaranya, Martin dalam perlumbaan yang menarik.
Ia bukan perlumbaan biasa untuk Espargaro selepas permulaannya yang perlahan membenarkan Martin merampas kelebihan awal, yang dikekalkannya selama 17 daripada 25 pusingan.
Martin, yang terkeluar daripada perlumbaan di Qatar dan Indonesia semasa permulaan mimpi buruknya musim ini, kehilangan tempat kepada Espargaro pada selekoh kelima pusingan ke-18 sebelum kembali memimpin saingan.
Espargaro kemudian melakukan pintasan yang di selekoh sama pada pusingan ke-21, mempertahan kelebihan sebelum melepasi garisan penamat.
Alex Rins menamatkan saingan di tempat ketiga sementara Joan Mir di tempat keempat, bermakna pelumba Sepanyol menduduki setiap empat kedudukan teratas di Argentina.
Astro Arena
Mon Apr 04 2022

Jorge Martin ketika beraksi dalam perlumbaan MotoGP di litar Termas de Rio Hondo, Argentina, 3 April 2022. (Foto AP)
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.

MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.

MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia
Pelumba kelahiran Itali itu mengakui cabaran Litar de Catalunya selepas melalui pengalaman terjatuh di litar berkenaan pada Jun lalu.

MotoGP: 'Permulaan terbaik dalam hidup saya', Bagnaia hampiri gelaran dunia
Francesco Bagnaia mengimbas kembali 'permulaan terbaik untuk perlumbaan dalam hidupnya' selepas dia melonjak dari tempat kesembilan di grid kepada kemenangan dalam Grand Prix Malaysia.

MotoGP: Espargaro peroleh kemenangan sulung di Argentina
Espargaro meneruskan rentak cemerlang apabila meraih kemenangan grand prix yang telah lama ditunggu-tunggu.

MotoGP: Martin raih kemenangan sulung di GP Styria
Jorge Martin memanfaatkan kedudukannya di petak pertama sebelum meraih kemenangan dalam Grand Prix Styria yang penuh dramatik.

Martin raih kejuaraan sulung Moto3 dunia di Sepang
Pelumba daripada Sepanyol itu yang mencatatkan 38 minit 34.799 saat (s), telah mendahului sejak awal perlumbaan untuk memenangi Grand Prix Motosikal Malaysia 2018.