Pelumba Yamaha Movistar, Jorge Lorenzo, menguasai Litar Mugello dalam GP Itali selepas berjaya mengetepikan saingan pelumba Honda Repsol, Marc Marquez, hanya beberapa meter sebelum sampai ke garisan penamat.
Lorenzo menguasai hampir keseluruhan perlumbaan sebaik dilepaskan.
Bermula di petak kelima, Lorenzo menampilkan tunggangan lebih kemas untuk mendahului perlumbaan di hadapan rakan sepasukan, Valentino Rossi.
Bagaimanapun, situasi itu tidak kekal lama apabila Rossi terpaksa bersara daripada perlumbaan ekoran jentera M1 miliknya mengalami masalah.
Nyata ia keputusan yang mengecewakan buat pelumba Itali berusia 37 tahun itu yang beraksi di hadapan laman sendiri.
Ini kali kedua masalah enjin menimpa Yamaha pada Ahad selepas perkara sama berlaku kepada jentera Lorenzo ketika sesi pemanas badan.
Lorenzo dan Marquez sering kali memintas satu sama lain dengan perlumbaan berbaki sembilan pusingan.
Marquez di depan sehinggalah memasuki selekoh terakhir apabila Lorenzo memecut habis-habisan untuk menduduki tempat pertama kurang beberapa meter dari garisan penamat.
Kemenangan Lorenzo terpaksa ditentukan menerusi 'photo-finish' susulan kedua-dua jentera dilihat memintas garisan penamat pada masa yang sama.
Lorenzo menamatkan perlumbaan dengan catatan 41 minit 36.525 saat, hanya 0.019 saat dibezakan dengan Marquez.
"Jentera saya kurang pantas hari ini, jadi saya tidak mampu meninggalkan Marquez seperti mana yang saya mahukan.
"Ketika saya dipintas Marquez, saya sudah mula berfikir untuk selesa dengan tempat kedua, namun di selekoh terakhir saya mengambil peluang untuk melakukan 'slipstream', sekali gus membantu saya meraih kemenangan yang tidak dijangka ini," jelas Lorenzo.
Sementara itu, Marquez akui sudah menjangkakan situasi itu.
"Saya sedar Lorenzo kekal rapat walaupun saya sudah memecut habis-habisan. Kami sememangnya berdepan masalah dari aspek pecutan sebelum ini sehingga memaksa saya untuk mengambil risiko dengan memecut di selekoh yang berbahaya," ujarnya.
Astro Arena
Sun May 22 2016

Lorenzo: Menang walaupun merasakan jenteranya 'kurang pantas' hari ini
Akaun Fleksibel KWSP: Kemudahan atau perangkap kewangan?
Lebih 4 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan mereka. Adakah ini tanda keperluan mendesak atau kegagalan pengurusan kewangan? Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri bincangkan punca, kesan jangka panjang, dan peranan KWSP dalam meningkatkan kesedaran rakyat mengenai simpanan hari tua.
AWANI Pagi: garisan baharu kaunseling depani cabaran semasa
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama tiga pakar, Prof Dr. Othman Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia & Pengerusi WCC 2025; Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Open University Malaysia dan Prof Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM & Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia membincangkan mengenai cabaran-cabaran serta permasalahan yang didepani kaunselor dan kaunseling dalam era semasa sempena Persidangan Kaunseling Sedunia (WCC 2025).
Fuel Efficiency: Maximizing savings amid subsidy rationalization
Join Seow Lee Ming, General Manager Mobility at Shell Malaysia, discussing the launch of the new and improved Shell fuelsave Diesel. As Malaysia navigates the rationalization of fuel subsidies, discover how Shell's extensive research and innovative solutions are driving fuel efficiency and contributing to the journey towards Net Zero Carbon Emissions by 2050. Learn about Shell's strategies for balancing investment in EV infrastructure, leveraging digital technologies, and adapting to evolving consumer needs in one of ASEAN's highest car ownership markets.

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

MotoGP: Jorge Lorenzo tidak sangka sempat pintas Marc Marquez di Mugello
Pelumba Yamaha, Jorge Lorenzo, menguasai Litar Mugello dalam GP Itali selepas berjaya mengetepikan saingan pelumba Honda Repsol, Marc Marquez, hanya beberapa meter sebelum sampai ke garisan penamat.

Moto3: Kesilapan bawa padah buat Khairul Idham Pawi di Mugello
Khairul Idham Pawi terbabas di Litar Mugello ketika perlumbaan memasuki pusingan terakhir di GP Italia 2016.

Moto3: Khairul Idham Pawi sambar petak ketiga di Mugello
Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi, bakal memulakan Grand Prix Itali di Litar Mugello esok di petak ketiga.