Acara sukan permotoran tertua negara, Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 kini bukan lagi hanya sekadar acara pertunjukan sahaja, tetapi telah berubah menjadi platform terbaik buat Malaysia untuk bersaing dengan jaguh terbaik dunia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sebagai acara antarabangsa paling lama di Malaysia sejak 1991 lagi, Grand Prix Motosikal Malaysia terus memahat nama negara di peta dunia. Selepas saya diberi penghormatan merasmikan litar ini pada 1999 dan kembali ke sini lagi kini, saya lihat Litar Antarabangsa Sepang bukan lagi hanya satu fasiliti untuk menjadi gelanggang lumba dan acara semata-mata.
"Selepas beberapa tahun berlalu, ia berubah menjadi pusat untuk membangunkan kemahiran, membina infrastruktur di samping memupuk pemindahan teknologi dan pengetahuan dalam bidang sukan lumba motor," kata beliau yang dipetik dari buku program rasmi 2018 Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix.
Beliau mengakui bahawa segala usaha yang dijalankan sehingga kini, adalah bagi merealisasikan aspirasi untuk menjadikan Litar Antarabangsa Sepang sebagai hub aktiviti sukan permotoran di rantau ini dan sebagai pemangkin kepada industri sukan permotoran negara.
Sejak 9 Mac1999, iaitu semasa Litar Antarabangsa Sepang dibuka dengan rasminya, ia membawa kemegahan kepada sukan permotoran di Malaysia dan menjadi litar utama apabila menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara berprestij termasuk Formula One dan MotoGP.
"Tahun lepas kita mengucapkan selamat tinggal kepada Formula One Grand Prix, tapi kita amat gembira melihat Grand Prix Motosikal Malaysia kekal sebagai acara gemilang buat Malaysia," katanya.
Susulan kejayaan memecahkan rekod kehadiran penonton, menjangkau lebih 166,000 menyaksikan acara tiga hari itu tahun lepas, Perdana Menteri berharap untuk melihat sekali lagi jumlah kehadiran penonton yang besar.
Dr Mahathir berkata kerajaan Malaysia akan terus menyokong Grand Prix Motosikal Malaysia.
"Kita melihat penyertaan pelumba pertama negara Hafizh Syahrin dalam kelas MotoGP kali ini, dan dengan kemunculan sulung pasukan Malaysia dalam MotoGP, kita melihat sudah ada petanda awal yang positif sukan ini akan kekal relevan dan terus berkembang maju di Malaysia," katanya.
Edisi ke-27 Grand Prix Motosikal Malaysia bermula hari ini di Litar Antarabangsa Sepang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 01 2018

Edisi ke-27 Grand Prix Motosikal Malaysia bermula hari ini di Litar Antarabangsa Sepang. - Gambar hiasan
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Valentino Rossi sah sertai Petronas Yamaha SRT musim 2021
Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi mengesahkan penyertaannya bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bagi perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) musim 2021.

Martin raih kejuaraan sulung Moto3 dunia di Sepang
Pelumba daripada Sepanyol itu yang mencatatkan 38 minit 34.799 saat (s), telah mendahului sejak awal perlumbaan untuk memenangi Grand Prix Motosikal Malaysia 2018.

MotoGP kekal jadi acara paling gemilang buat Malaysia - Dr Mahathir
Segala usaha yang dijalankan, adalah bagi merealisasikan aspirasi untuk menjadikan SIC sebagai hub aktiviti sukan permotoran di rantau ini dan pemangkin kepada industri sukan permotoran negara.

Dovizioso raih kemenangan pertama dalam MotoGP musim ini
Ia merupakan kemenangan sulung sejak 2009 bagi pelumba Itali yang mewakili pasukan Ducati itu

Marquez rangkul gelaran Grand Prix Motosikal Malaysia
Pelumba Sepanyol, Marc Marquez merangkul gelaran Grand Prix Motosikal 2014 elepas merakamkan catatan masa 40 minit dan 45.523 saat.