DAVID Moyes tidak akan tunduk terhadap sebarang desakan untuknya meletak jawatan susulan kekalahan terbaharu West Ham.
West Ham tewas 0-2 kepada pasukan bawahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forrest semasa kunjungan ke City Ground pada Sabtu.
Lebih malang, The Hammers terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas Kalvin Phillips dilayangkan kad merah pada minit ke-71.
Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut dicatat West Ham sejak dibelasah 0-6 oleh Arsenal minggu lalu dan dijinakkan Machester United 3-0 di Old Trafford awal bulan ini.
Peminat yang bertandang ke City Ground mengeluarkan kain rentang bertulis 'Moyes Out' selepas wisel penamat ditiupkan.
Mengulas, situasi itu, Moyes yang kontraknya tamat pada penghujung musim ini berkata: “Anda tidak boleh menggembirakan semua orang tetapi nampaknya peminat seperti tidak menghargai pencapaian kelab sebelum ini iaitu memenangi trofi (Liga Konferensi UEFA).
"Mungkin mereka mahukan pengurus yang lebih menghiburkan.”
West Ham yang bermula garang pada separuh masa pertama musim ini terjerumus ke kedudukan kelapan EPL.
Dengan aksi EPL berbaki 13 perlawanan, ia berpotensi untuk West Ham kempunan sebarang slot bermain di pentas Eropah pada musim depan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 18 2024

Peminat West Ham memegang kain rentang mendesak David Moyes meletak jawatan, ketika perlawanan EPL antara Nottingham Forest dan West Ham United, di City Ground, Nottingham, England, 17 Feb 2024. (Foto AP)
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton
Moyes kini kembali untuk membantu Everton bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Moyes enggan layan desakan letak jawatan
West Ham tewas 0-2 kepada pasukan bawahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forrest semasa kunjungan ke City Ground pada Sabtu.

Liga Europa: West Ham-Olympiacos risau ancaman samseng bola sepak
Bola sepak di Athens bergolak selepas perlawanan pada Ahad lalu terpaksa ditangguhkan selepas seorang pemain lawan terkena mercun.

EPL: West Ham rasa teraniaya
Mohammed Kudus masuk sebagai pemain gantian untuk jaringan EPL sulungnya - seminit sebelum tamat permainan.

UEL: David Moyes puji aksi Mohammed Kudus bantu West Ham atasi TSC
David Moyes puji Mohammed Kudus selepas pemain Ghana itu membantu West Ham bangkit untuk menewaskan TSC Backa Topola.

UECL: Moyes teruja hadapi final bertemu Fiorentina
West Ham akan menentang kelab Itali, Fiorentina dalam perlawanan akhir Liga Conference Europa di ibu negara Czech awal pagi Khamis.

EPL: Moyes pertikai keputusan aneh VAR ketika West Ham tewas kepada Brentford
Nasib sekali lagi tidak menyebelahi The Hammers apabila jaringan mereka dibatalkan dengan sebab yang boleh dipertikaikan malam tadi.

Moyes, Tuchel beza pendapat VAR batal gol West Ham
Drama tercetus apabila VAR membatalkan gol rembatan Cornet, selepas Jarrod Bowen dikesan terlebih dahulu mengasari Eduoard Mendy.

Harga Rice meningkat kepada lebih RM828.2 juta
Kontrak ketua pasukan kelab London itu berbaki dua tahun lagi dengan pilihan melanjutkannya selama 12 bulan lagi.

Sadiq Khan kecewa David Moyes benarkan Zouma beraksi
Beliau yang ditemu bual Sky News baru-baru ini menjelaskan, apa yang dilakukan oleh Zouma itu satu tindakan yang keji.