KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyasarkan untuk memberikan pendedahan kepada lebih ramai atlit paralimpik di arena antarabangsa, bagi menggalakkan mereka untuk lebih cemerlang lagi.
Selepas memenangi tiga emas, lima perak dan lima gangsa di Sukan Belia Para Asia (AYPG) 2021 di Bahrain, Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata dengan peningkatan kejayaan di peringkat antarabangsa, 'gerakan' atlet paralimpik di negara ini kini akan berkembang pesat lagi.
"Saya gembira kerana terutamanya Majlis Sukan Negara, telah memberikan peruntukan untuk kontinjen sukan itu, dan mereka kini mempunyai bakat baharu untuk dibangunkan sebagai atlet Paralimpik akan datang.
"Kita perlu mengenal pasti bakat baharu dengan pendedahan awal, bukan sahaja dalam negara tetapi juga di sukan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Megat D Shahriman berkata MPM sering berhubung dengan pihak berkuasa negeri di seluruh negara bagi mengenal pasti bakat baharu menerusi program pencarian bakat sehingga ke peringkat daerah.
Pada AYPG dari 2-6 Dis di Manama, perenang Zy Lee Kher memenangi tiga pingat iaitu, emas dalam acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki, perak dalam 200m kuak kupu kupu dan gangsa dalam 200m rampaian individu.
"Beliau baru 15 tahun dan kini melihat kepada penyertaan di Sukan Paralimpik Paris 2024. Perenang ini dilahirkan tanpa dua kaki dan satu tangan yang pendek, amat bersemangat dan memecahkan catatan terbaiknya dalam setiap acara yang beliau sertai," katanya.
Dua lagi pingat emas disumbangkan Ong Jia Xuan dalam ada 100m kuak dada dan Gloria Gracia Wong Sze dalam acara pingpong perseorangan wanita.
Sejumlah 13 atlet Malaysia berusia antara 12 ke 21 tahun mengambil bahagian dalam enam jenis sukan iaitu renang, olahraga, pingpong, powerlifting dan boccia.
Malaysia telah menyertai AYPG sejak tahun 2009 dan telah memenangi 102 pingat keseluruhan - 32 emas, 35 perak dan 35 gangsa. Pada edisi 2017 di Dubai, Malaysia yang menghantar 12 atlet untuk menyertai lima jenis sukan, membawa pulang lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021

MEGAT D SHAHRIMAN: Kita perlu mengenal pasti bakat baharu dengan pendedahan awal, bukan sahaja dalam negara tetapi juga di sukan antarabangsa. -Gambar fail/Bernama

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.

Ahmad Shapawi keluar dari persaraan, rebut jawatan Presiden MPM
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail keluar dari persaraan apabila bakal merebut kerusi nombor satu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

MPM bakal terbitkan buku braille kod klasifikasi pertama dunia
MPM melangkah lebih jauh apabila bakal melancarkan buku Braille IPC Kod Klasifikasi Atlet khas untuk atlet yang mempunyai masalah penglihatan.

Belanjawan 2025: MPM mohon dana RM10 juta untuk program akar umbi
Majlis Paralimpik Malaysia berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian dana RM10 juta kepada majlis itu menerusi Belanjawan 2025.

MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.
![[KOLUMNIS] Reputasi tercalar, pencapaian kurang gah di Paris 2024 [KOLUMNIS] Reputasi tercalar, pencapaian kurang gah di Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725847247_Parissukanpa.jpg)
[KOLUMNIS] Reputasi tercalar, pencapaian kurang gah di Paris 2024
Pencapaian atlet paralimpik negara selama ini tidak pernah mengecewakan, malah menghasilkan kejayaan cemerlang, namun, tidak pada edisi kali ini.

Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

Belum masa tuai pingat dua angka di Paris - MPM
Majlis Paralimpik Malaysia berpendapat, kontinjen negara belum bersedia untuk menuai keseluruhan pingat mencecah dua angka pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula Ogos ini.

Majlis Paralimpik Malaysia tubuh Majlis Atlet
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan penubuhan Majlis Atlet bagi mematuhi dasar ditetapkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC).

Empat emas di Paralimpik Paris 2024 realistik - Megat
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kekal menaruh harapan untuk melihat kontinjen negara menuai empat pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.