KUALA LUMPUR: Mr Malaysia 2023 R. Kumareswarren menyasarkan untuk meraih kedudukan tiga teratas pada Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik 2023 berlangsung di Gangwok, Korea Selatan pada 6 hingga 12 Nov depan.
Atlet berusia 38 tahun itu berkata kemenangan diperoleh pada Ahad, merupakan pencapaian istimewa setelah banyak berkorban dari segi kewangan dan disiplin pemakanan yang ketat untuk berada pada tahap optimum.
"Saya sangat gembira kerana berjaya bergelar Mr Malaysia selepas banyak kerja keras dilalui. Walaupun pernah menyertai dan memenangi pelbagai kejohanan lain, gelaran ini sangat istimewa buat saya selepas menjalani latihan dua kali sehari sejak awal tahun ini.
"Sasaran seterusnya adalah Kejohanan Dunia, selepas berjaya mendapat kedudukan lima teratas pada penampilan pertama di Thailand, tahun lepas. Saya bersedia untuk menerima saingan sengit daripada atlet dari seluruh dunia, terutamanya Thailand, Eropah, China dan India," katanya kepada Bernama.
Pada Kejohanan Bina Badan Kebangsaan ke-52 Ahad, Kumareswarren telah memperagakan jisim otot yang 'mengancam' untuk muncul juara kategori heavyweight, sekali gus melayakkan diri ke pusingan Juara antara Juara sebelum dinobatkan sebagai Mr Malaysia 2023.
Berkongsi mengenai persiapan menjelang kejohanan disertainya, Kumareswarren yang sudah 15 tahun terlibat dalam sukan bina badan itu berkata untuk mencapai bentuk badan sekarang, beliau perlu mematuhi diet ketat sehingga membawa bekalan sendiri sekiranya mahu makan di luar bersama keluarga atau rakan-rakan.
"Untuk berada dalam bidang ini bukan satu perjalanan mudah kerana saya perlu mengeluarkan banyak wang yang sepenuhnya ditanggung saya sendiri...perbelanjaan terutama dari segi makanan dan suplemen tapi ini merupakan minat saya jadi kena bagi betul-betul.
"Setiap hari saya ada enam hidangan yang akan saya siapkan sendiri dan saya kena kira dan ukur pengambilan kalori, tiada gula dan makanan bergoreng hanya beras perang, dada ayam, sayur dan oat sahaja sebagai bekalan makanan saya," katanya.
Kumareswarren berkata beliau juga amat bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan dan galakan daripada ahli keluarga sejak awal penglibatannya dalam sukan bina badan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023

Pada Kejohanan Bina Badan Kebangsaan ke-52 Ahad, Kumareswarren memperagakan jisim otot yang 'mengancam' untuk muncul juara kategori heavyweight, sekali gus melayakkan diri ke pusingan Juara antara Juara. - Foto BERNAMA

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.
AWANI Ringkas: Projek Bandar Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mr Malaysia intai podium kejohanan dunia
Kemenangan pada Ahad disifatkan pencapaian istimewa setelah banyak berkorban dari segi kewangan dan disiplin pemakanan yang ketat.