KUALA LUMPUR: Persekutuan Renang Malaysia (MS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah bersetuju untuk tidak memperbaharui kontrak Chris Martin sebagai jurulatih kebangsaan.
Martin, yang telah bersama pasukan kebangsaan sejak 2019, akan tamat kontrak hujung tahun ini.
Setiausaha Kehormat MS Andy Low berkata jurulatih kelahiran Amerika itu maklum akan perkara tersebut malah membantu mereka mencari penggantinya.
"Memandangkan Martin akan meninggalkan kami tidak lama lagi, saya ingin berterima kasih atas khidmat dan kerja kerasnya selama ini terutama dalam membantu Khiew Hoe Yean memecahkan rekod kebangsaan selama 32 tahun dalam 1,500 meter gaya bebas lelaki pada Queensland Championships di Australia baru-baru ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Hoe Yean, yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua, mencatat 15:21.92 saat (s) untuk memadamkan rekod sebelum itu, 15:23.61s, dicipta Jeffrey Ong pada 1991.
Sementara itu, Andy berkata mereka telah menyenarai pendek beberapa calon untuk menggantikan Martin dan akan mengumumkan jurulatih kebangsaan baharu bulan depan.
"Kami mempunyai calon dari Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada. Kesemua mereka mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan di negara mereka. Kami harap dapat selesaikan (perkara ini) bulan depan.
"Kami turut berharap untuk melantik pengarah teknikal baharu bulan depan. Dua daripada calon akhir kami adalah dari Amerika Syarikat," katanya.
Sementara itu, Andy berharap mereka mempunyai dana mencukupi untuk menghantar perenang kebangsaan menyertai kem latihan di Thailand bulan depan, sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Akuatik Dunia 2024 di Doha, Qatar, pada 2-18 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023

Martin (gambar), yang telah bersama pasukan kebangsaan sejak 2019, akan tamat kontrak hujung tahun ini. - Gambar fail/Bernama

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

MS umum pengganti Bryan tidak lama lagi - Andy
Persekutuan Renang Malaysia (MS) sudah mempunyai calon bagi mengisi kekosongan jawatan Pengarah Teknikal skuad terjun kebangsaan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah jadi pilihan isi slot tambahan
Persekutuan Renang Malaysia (MAS) menyenaraikan Nur Dhabitah Sabri dalam Sukan Olimpik Paris 2024, dari 26 hingga 11 Ogos depan.

MAS dapat slot tambahan acara 3m papan anjal individu wanita
MAS akan membuat pengumuman berhubung atlet yang bakal menggalas cabaran negara ke Paris itu dalam masa terdekat.

MAS sudah jangka hilang khidmat Wendy, Kimberly
Bryan Nickson Lomas kekal tenang enggan menekan butang panik sebaliknya menegaskan sudah menjangkakan kehilangan itu.

Persekutuan Renang Malaysia teroka bakat baharu menerusi program atlet muda
Ia sebahagian usaha bagi memulihkan prestasi sukan terjun susulan persembahan mengecewakan pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha.

Paris 2024: MAS rancang program latihan khas untuk Bertrand
Persekutuan Renang Malaysia merancang program latihan khas untuk Bertrand Rhodict Lises, satu-satunya atlet terjun yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.

"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.

MS, MSN tidak perbaharui kontrak jurulatih renang Chris Martin
Persekutuan Renang Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah bersetuju untuk tidak memperbaharui kontrak Chris Martin sebagai jurulatih kebangsaan.

Bekas ratu renang negara, Nurul Huda, sertai MS
Shahidan menang tanpa bertanding manakala Oon Kee Seng mengekalkan jawatan Timbalan Presiden.