KUALA LUMPUR: Entiti baharu sepak takraw negara, Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) 'hairan' apabila masih belum diterima sebagai ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Selepas diiktiraf dua badan induk antarabangsa iaitu Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), MSC hanya mahu menjadi sebahagian daripada MOM dalam misi memperkasakan sukan tradisional itu.
Presiden MSC Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata pihaknya menghormati bidang kuasa MOM untuk terus mengiktiraf Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), namun 'bingung' kerana sehingga kini MSC belum menerima jawapan yang dinanti-nanti.
Justeru, beliau berharap MOM akan menerima MSC kerana menurutnya secara teknikal atau mengikut perlembagaan MOM, PSM tidak layak menjadi ahli gabungan selepas disingkirkan ASTAF dan ISTAF.
"Kita telah menulis surat seperti diarah, kita diminta mematuhi kriteria, jadi kita tunggu MOM saja...daripada MSC kita sudah penuhi semua arahan dan keperluan," katanya pada sesi ramah mesra MSC bersama media yang disusuli dengan majlis berbuka puasa di sini, semalam.
Sebagai rekod, MSC sah sebagai ahli baharu ASTAF pada 5 Mac lepas sebelum turut diterima menjadi ahli gabungan ISTAF berkuat kuasa pada 4 April ekoran ASTAF menggugurkan keahlian PSM pada Mei 2021.
Mengulas lanjut, Suhaili berkata MSC masih mampu menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa yang diiktiraf ASTAF dan ISTAF biarpun belum diterima MOM, yang menyaksikan perkara itu membataskan kuasa mereka terhadap persiapan atlet ke temasya Sukan SEA dan Sukan Asia.
Tambah beliau, ketika ini MSC sedang memberikan tumpuan kepada persiapan acara sepak takraw Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang dianjurkan Majlis Sukan Negara (MSN) di sekitar Lembah Klang.
"Kita juga bercadang untuk menganjurkan pertandingan praSukma, setelah satu mesyuarat yang diadakan oleh PJS (Pesuruhjaya Sukan) dan MSN telah memberikan kita mandat untuk MSC mengendalikan Sukma dan juga MSL (Malaysia Sports League)," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata MSC akan membentangkan pelan tindakan 2022 hingga 2025 dengan usaha membangunkan sukan sepak takraw sebagai agenda utama selepas ia dipersetujui Menteri Belia dan Sukan, MSN dan PJS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Suhaili berharap MOM akan menerima MSC kerana menurutnya, secara teknikal atau mengikut perlembagaan MOM, PSM tidak layak menjadi ahli gabungan selepas disingkirkan ASTAF dan ISTAF. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Sukan SEA Thailand: MOM disaran lebih selektif, hanya sertai acara potensi hadirkan kilauan pingat
Mohamad Faithal berkata Sukan SEA di Kemboja wajar jadi pengajaran apabila kontinjen negara rekod sejarah hitam dengan pencapaian terburuk.

Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia
Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.

Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.

Olimpik Paris: Saya mahu atlet buat yang terbaik supaya tidak kecewa - Hannah
Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Sukan Olimpik: MOM komited utamakan kesejahteraan atlet di Paris
MOK komited untuk mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua operasinya dan menekankan perancangan semua perbelanjaan dengan teliti.

Skuad berbasikal trek negara uji jentera WX-R Vorteq versi baharu
Skuad berbasikal trek kebangsaan mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mendapat basikal baharu WX-R Vorteq versi terkini.

Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara
Persiapan awal bagi skuad skuasy termasuk keperluan menjalani latihan di luar negara untuk memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sedang dibincang dan diperhalusi.