PUTRAJAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) ternyata kecewa dengan prestasi keseluruhan skuad terjun negara pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun, baru-baru ini.
Namun Pengarah Bahagian Atlet MSN Jefri Ngadirin berkata kekecewaan itu sedikit terubat dengan pencapaian membanggakan penerjun muda Bertrand Rhodict Lises, yang muncul atlet pertama negara layak secara merit ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.
"Walaupun agak kecewa, namun harus diingat kita dapat permata baharu yang mana Bertrand berjaya buktikan selepas raih pingat (perak) di Sukan SEA 2023, sekarang layak ke Sukan Olimpik pula.
"Itu satu pencapaian bagus untuk atlet berusia 18 tahun yang baharu sahaja habis mengambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)...generasi baharu inilah yang perlu kita beri tumpuan untuk ke Sukan Asia 2026 dan seterusnya Sukan Olimpik 2028," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Jumaat lepas, Bertrand menamatkan saingan separuh akhir acara 10 meter (m) platform lelaki dengan 420.70 mata, untuk berada pada kedudukan ke-10 daripada 18 peserta dan mara ke final selaku 12 penerjun terbaik, sekali gus mengesahkan slot ke Paris 2024.
Jefri juga mengakui, beliau agak terkejut dengan prestasi atlet kelahiran Sarawak itu apatah lagi berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 penerjun terbaik, di separuh akhir dan final.
Bagi meningkatkan kembali prestasi skuad terjun negara, MSN dan Persekutuan Renang Malaysia (MS) bersetuju untuk melantik pengarah teknikal, pengurus prestasi tinggi dan ketua jurulatih dalam masa terdekat.
Jefri berkata mereka telah mempunyai beberapa calon termasuk dari luar negara, bagi mengisi jawatan tersebut.
"Pengarah teknikal akan meneliti kesemua program dari atas ke bawah, pengurus prestasi tinggi pula lebih kepada pembangunan, manakala ketua jurulatih berperanan melatih skuad elit," katanya sambil menambah, MS turut bersetuju melantik pengarah teknikal bagi kem renang negara.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat MS Andy Low memberitahu Bernama bahawa mereka akan mengadakan post mortem seawalnya pada Khamis (27 Julai) bagi mengenal pasti isu yang menyebabkan prestasi atlet terjun yang mengecewakan di Fukuoka.
Bagaimanapun, Andy percaya penerjun negara akan kembali kepada prestasi terbaik mereka dan menduduki podium di Sukan Asia di Hangzhou, China, dari 23 Sept ke 8 Okt.
"Mereka akan kembali lebih baik, itu sudah tentunya. Kami juga akan dapatkan maklumat mengenai apa yang mereka perlukan untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023

Menurut Jefri, bagi meningkatkan kembali prestasi skuad terjun negara, MSN dan Persekutuan Renang Malaysia bersetuju untuk melantik pengarah teknikal, pengurus prestasi tinggi dan ketua jurulatih dalam masa terdekat. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.

Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.

MSN, JBSN negeri diminta tingkat usaha pencarian atlet para wanita
Hannah berkata, daripada lebih 1,200 atlet di temasya Para SUKMA Sarawak 2024, hanya hanya 303 atlet atau 24 peratus adalah wanita.

MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.