KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, kesal dengan insiden kes positif COVID-19 dalam kalangan pemain dan pegawai skuad sepak takraw negara.
Ia kerana badan induk itu langsung tidak dimaklumkan mengenai majlis berbuka puasa yang dihadiri pemain dan pegawai berkenaan.
Setakat ini, 11 individu didapati positif selepas menghadiri satu majlis berbuka puasa yang turut dihadiri pimpinan tertinggi Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Sabtu lalu.
"Sudah semestinya kami tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai sebarang permohonan untuk mereka menghadiri mana-mana majlis dan ia dilakukan di luar daripada pengetahuan kami," kata Shapawi kepada wartawan Nadi Arena, Adam Zamri.
"Bagaimanapun, itu soal kedua kerana soal yang pertama adalah untuk memastikan kami dapat mengekang penularan itu kepada pihak lain.
"Langkah paling penting yang kami perlu lakukan adalah memastikan mereka yang dijangkiti itu dijaga sebaik mungkin agar tidak mengalami sebarang gejala dan menjalani kuarantin dengan sebaik mungkin.
"Saya amat berharap agar mereka mematuhi proses kuarantin dengan sepenuhnya dan MSN dan ISN (Institut Sukan Negara) akan memberikan yang terbaik buat mereka sepanjang dikuarantin.
"Apabila kami melonggarkan sedikit kem kuarantin ini agar atlet dapat sedikit kelegaan untuk pulang ke rumah dan sebagainya, inilah situasi yang berlaku apabila peringatan kami diabaikan dan mereka tidak menjaga diri dengan betul dan jangkitan itu berada di luar kawalan kami.
"Jadi, di sinilah kami berasa amat kecewa dengan apa yang berlaku," katanya.
Astro Arena
Fri May 07 2021

AHMAD SHAPAWI: Langkah paling penting yang kami perlu lakukan adalah memastikan mereka yang dijangkiti itu dijaga sebaik mungkin agar tidak mengalami sebarang gejala. - Astro ARENA

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.

Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.

ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun
Sebanyak 27,344 ekor babi di Pulau Pinang dilupuskan sejak penularan penyakit demam babi Afrika (ASF), iaitu dari awal tahun hingga semalam, dalam usaha membendung penularan penyakit itu.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.

COVID-19: Kes masih terkawal, tidak perlu hingga tutup pintu sempadan - Dr Zaliha
Kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan pendekatan tertentu di pintu masuk negara bagi mengekang penularan wabak itu.

Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta
Data KKM pada Sabtu turut menunjukkan kesemua kes baharu yang direkodkan itu melibatkan penularan tempatan.

COVID-19: 1,138 kes baharu, 8 kematian dicatat
16,521 kes aktif direkodkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 15,413 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 809 kes baharu, enam kematian dicatat
17,972 kes aktif direkodkan pada Isnin dan daripada jumlah itu 16,772 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian dicatat
22,505 kes aktif dicatatkan pada Ahad dan daripada jumlah itu 20,889 kes sedang menjalani kuarantin di rumah.