KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) membuat semakan semula pemberian elaun kepada atlet kebangsaan yang diberikan kontrak baharu menjalani program latihan tahun ini, berdasarkan prestasi mereka sejak 2018.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata penyelarasan semula elaun itu dilakukan susulan keadaan semasa ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19, selain bencana alam yang melanda negara baru-baru ini.
"Memang terdapat sedikit penurunan kepada elaun yang lebih bersesuaian kepada prestasi semasa atau terbaik mereka, dan ini lebih adil kepada mereka yang mempamerkan prestasi bersesuaian dengan pingat dimenangi," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Menurutnya pemenang pingat emas Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN akan menerima elaun RM2,000, manakala pemenang pingat perak dan gangsa menerima nilai sama berjumlah RM800.
Katanya, elaun latihan bagi atlet yang merangkul pingat Sukan Asia/Para Asia dan Sukan Komanwel pula adalah sama, menyaksikan pemenang emas menerima kadar elaun RM4,500 diikuti RM4,000 (perak) dan RM3,500 (gangsa) manakala RM7,500 bakal menanti pemenang emas Sukan Olimpik/Paralimpik diikuti RM7,000 (perak) dan RM6,000 (gangsa).
Selain itu, atlet yang tidak mendapat pingat tetapi masih disenaraikan dalam program latihan MSN, bakal mendapat RM800 manakala atlet pelapis RM500.
BACA: MSN gugur 144 atlet, kurangkan elaun latihan
Ahmad Shapawi menjelaskan jumlah elaun latihan diterima itu tidak termasuk penginapan, makan dan minum, latihan dan prasarana latihan yang disediakan oleh MSN kepada atlet.
Pada 2019, penyelarasan elaun menyaksikan pemenang pingat pada Sukan Olimpik/Paralimpik akan menerima RM7,500, diikuti atlet yang memenangi pingat di Sukan Asia/Para Asia menerima RM6,000, Sukan Komanwel menerima RM3,500 dan Sukan SEA/Para ASEAN pula RM2,000.
Ditanya sama ada atlet sedia maklum dengan penyelarasan elaun itu, beliau berkata mereka dilihat memahami berhubung situasi semasa melanda negara, sehingga menyebabkan kadar elaun distruktur semula.
Sementara itu, Ahmad Shapawi berkata pemberian elaun itu sebahagian daripada peruntukan berjumlah RM27.5 juta diberikan kepada MSN, untuk menyediakan program latihan kepada atlet senior, pelapis dan atlet para yang bertanding pada tiga temasya sukan utama sepanjang tahun ini.
"Kita ada misi kita untuk Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei ini, diikuti Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom pada Julai dan Sukan Asia di Hangzhou, China pada September.
"Program ini akan dibentuk menerusi temasya tersebut. Kita tahu kita perlukan peruntukan yang kita dapat sebelum ini, dan amat berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan peruntukan ini," katanya.
BACA: Program Podium : 21 atlet olahraga digugurkan, 33 kekal
Dalam pada itu, beliau memaklumkan MSN mengenal pasti 248 atlet biasa dan 45 atlet para yang tersenarai dalam program latihan tahun ini, manakala program pelapis menyaksikan 178 atlet biasa dan 22 atlet para.
Katanya, atlet yang tidak tersenarai dalam program latihan perlu menerima hakikat bahawa peluang perlu diberikan kepada atlet lain yang menampilkan prestasi lebih baik daripada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022
Ahmad Shapawi berkata, pemberian elaun itu sebahagian daripada peruntukan yang diberi kepada MSN untuk menyediakan program latihan kepada atlet yang bertanding pada tiga temasya sukan utama. - Gambar fail BERNAMA
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.
KOM tunggu dana daripada MSN
KOM masih menunggu keputusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai peruntukan yang bakal diberikan kepada persatuan tersebut.
Sektor swasta diharap bantu pembangunan atlet Olimpik Khas
Hannah berkata bantuan sektor swasta amat diperlukan bagi pembangunan atlet sukan berkenaan meskipun telah mendapat sokongan MSN.
Hapuskan had umur penyertaan Sukma - Ahmad Shapawi
Sudah tiba masanya tiada had umur ditetapkan kepada atlet untuk beraksi di temasya Sukan Malaysia (Sukma) bagi memberi mereka peluang bersaing secara kompetitif.
MOM biayai sendiri kos delegasi ke Olimpik Paris 2024 - MSN
MSN turut menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.
MSN masih tunggu maklum balas negeri berhubung penganjuran Sukan SEA 2027
Majlis Sukan Negara (MSN) masih menunggu maklum balas daripada negeri lain yang berkemungkinan berminat menjadi penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027.
Negeri digesa melabur dalam pembangunan bakat baharu renang, terjun
KBS gesa semua kerajaan negeri membuat pelaburan untuk pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan renang dan terjun.
KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer
Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP.