KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu bermula 23 hingga 30 Sept ini, berjalan lancar.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pihaknya juga sudah mendapatkan pengesahan daripada 22 pasukan, termasuk dua pasukan World Tour untuk perlumbaan berstatus siri profesional (Pro Series) itu.
"Kita berharap pengumuman ini dapat meleraikan sebarang keraguan mengenai status LTdL kali ini, yang pernah dibangkitkan ekoran sambutan kurang memberangsangkan daripada barisan penaja perlumbaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Difahamkan, kerajaan negeri dan syarikat konglomerat antara yang bakal diumumkan dalam masa terdekat sebagai penaja edisi ke-27 LTdL, selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memberikan peruntukan sebanyak RM8 juta.
Penganjuran LTdL 2023 sebelum ini, terpalit dengan kemelut apabila Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengeluarkan perlumbaan itu daripada kalendarnya susulan isu hutang penganjur terdahulu, namun ia berjaya diselesaikan dan kembali disenaraikan dalam kalendar dunia.
Mengulas lanjut, Ahmad Shapawi berkata kini semua persiapan berjalan lancar, terutama dalam memastikan syarat-syarat ditetapkan oleh UCI seperti penyediaan kemudahan logistik, pengangkutan dan penginapan kepada pasukan dipenuhi.
"MSN dalam proses akhir memuktamadkan perjanjian dengan badan penyiar antarabangsa serta tempatan bagi memastikan LTdL kali ini, disiarkan secara langsung di minimum 10 negara seperti ditetapkan oleh UCI. Kita juga akan mengadakan beberapa acara sampingan termasuk penanaman 2,023 pokok sepanjang laluan perlumbaan.
"MSN beri komitmen untuk memastikan isu dan masalah yang pernah timbul akan ditangani sebaik mungkin, contohnya tempahan tiket penerbangan secara terus untuk setiap pasukan dan pembayaran yuran penampilan dilunaskan secepat mungkin," katanya.
Menurutnya, walaupun UCI menetapkan syarat, minimum tiga pasukan World Tour bagi perlumbaan status Pro Series, badan dunia itu akan membuat penilaian berdasarkan purata tiga tahun, jadi pihaknya akan mendapatkan lebih banyak pasukan World Tour pada edisi akan datang supaya LTdL tidak hilang status sebagai antara perlumbaan berprestij dunia.
Pasukan terkemuka Astana Qazaqstan dan E-F Education Easypost dari Amerika Syarikat, yang diketuai dua pelumba utamanya - Simon Carr dan Jefferson Cepeda Oritz, merupakan dua pasukan World Tour kali ini.
Dua pasukan berkenaan dijangka menerima tentangan sengit daripada lapan pasukan berstatus UCI Pro dan 11 pasukan benua, termasuk Terengganu Cycling Team (TSG), manakala pasukan kebangsaan Malaysia turut memeriahkan cabaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
![MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692863343_ShapawiIsmail.jpg)
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail bercakap pada sidang media mengenai Le Tour De Langkawi Malaysia 2023 di MSN hari ini. - Foto BERNAMA
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
MOF menjangkakan peruntukan itu akan dibelanjakan sepenuhnya tahun ini untuk melengkapkan kemudahan asas di kampung terbabit.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729581562_TBHannah.jpg)
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
![LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat' LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728278883_tbLeTourdeLangkaw.jpg)
LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.
![Poole juara keseluruhan LTdL 2024 Poole juara keseluruhan LTdL 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728212092_MaxPoole.jpg)
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
![KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726003503_HannahYeoh.jpg)
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
![LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727932095_TBTSG.jpg)
LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.
![LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727654226_tbLeTourdeLangka.jpg)
LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
![LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727454922_PasukanBerbasikalK.jpg)
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
![LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/81580973187_LeTourDeLangkawi.jpg)
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
![Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727175022_MohamedHarrifSaleh.jpg)
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
![Tiga pasukan pro rombak barisan pelumba hadapi LTdL 2024 Tiga pasukan pro rombak barisan pelumba hadapi LTdL 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726659173_TBLTdL.jpg)
Tiga pasukan pro rombak barisan pelumba hadapi LTdL 2024
Kern Pharma yang berpengkalan di Sepanyol melakukan enam pertukaran pelumba dengan mempertaruh Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utama.