KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dibenarkan pulang ke tanah air untuk menyertai kem latihan kontinjen negara ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Pengurus Besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Nurhayati Karim mengesahkan khabar berkenaan berkata, atlet berusia 19 tahun itu akan kembali dalam masa terdekat dan turut menyertai Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada 12 hingga 16 Julai.
"Azeem akan balik berlatih di sini dalam masa terdekat. Kita belum pasti tiket penerbangan pulang bila tapi kita harap dia bersama-sama kontinjen ke Bangkok.
"Azeem dapat lampu hijau daripada universitinya ke Bangkok, dan akan terus ke Sukan Asia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pemilihan atlet dan pegawai ke Sukan Asia 2023 di sini pada Selasa.
Muhammad Azeem yang sudah lima bulan berpangkalan di Amerika Syarikat bagi melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraganya di Universiti Auburn dilaporkan berkemungkinan kembali ke tanah air untuk menyertai kejohanan Terbuka Malaysia pada Julai.
Mengulas mengenai pemilihan atlet ke Sukan Asia di Hangzhou, Norhayati berkata pihaknya masih menunggu keputusan akhir mengenai jumlah sebenar atlet yang akan menggalas cabaran negara di temasya empat tahun sekali itu.
Beliau berkata setakat ini seramai 21 atlet olahraga disenaraikan ke Sukan Asia iaitu lima atlet dalam Kategori A manakala selebihnya Kategori B.
"Itu hanya jangkaan awal dan kita berharap ada pertambahan atlet selepas Kejohanan Olahraga Asia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023

Muhammad Azeem dilaporkan berkemungkinan kembali ke tanah air untuk menyertai kejohanan Terbuka Malaysia pada Julai. - Gambar fail/Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Azeem Fahmi inginkan satu lagi rekod kebangsaan
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) berkeyakinan untuk melakar kejayaan lebih besar musim ini.

World Athletics tidak iktiraf rekod 100m Zaidatul Husniah?
Terdahulu, Zaidatul Husniah memadam rekod catatan masa 11.50 saat milik Shanti, yang dilakukannya pada 1993 di Kuala Lumpur sebelum ini.

Kekalahan Olimpik Tokyo titik perubahan buat raja pecut Paris Lyles
Pingat emas itu menjadikan Lyles sebagai pelari AS pertama yang memenangi acara berkenaan sejak kejayaan Justin Gatlin pada 2004.

Olimpik Paris 2024: Rusia kritik larangan atlet berhijab dalam upacara pembukaan
Larangan yang dikenakan terhadap pelari pecut Perancis, Sounkamba Sylla disifatkan sebagai tindakan pengasingan yang ketara.

Antara pengharapan dua permata olahraga negara dan dilema KOM
Hanya seorang daripada dua atlet yang berpangkalan di AS itu akan meraih debut Olimpik di Paris 2024 menerusi tiket wild card.

Azeem bangga dalam kecewa
Pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi agak kecewa kerana gagal memperbaiki rekod acara 100 meter (m) miliknya walaupun muncul juara final Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024.

Mohd Poad cabar pelari pecut muda tonjol potensi di Sukma 2024
Jurulatih pecut negara Mohd Poad Md Kassim melontarkan cabaran kepada atlet-atlet baharu supaya menonjolkan potensi dengan melakukan kejutan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak.

Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.

Azeem dipilih penerima Anugerah Khas 100PLUS
Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi dipilih sebagai penerima Anugerah Khas 100PLUS sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022.

Muhammad Azeem dibenarkan pulang jalani latihan pusat di Malaysia
Muhammad Azeem akan kembali dalam masa terdekat dan turut menyertai Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada 12 hingga 16 Julai.