KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menepati ramalan layak ke pusingan pertama acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023 selepas mendominasi pusingan kelayakan di Budapest, Hungary, hari ini.
Pada perlumbaan pusingan kelayakan di Pusat Olahraga Nasional itu, Muhammad Azeem yang berlari di lorong tiga saringan dua, tidak menerima tentangan sengit apabila jauh meninggalkan pencabar lain untuk menjadi yang pertama melintas garisan penamat dengan catatan masa 10.24 saat (s).
Tempat kedua saringan itu menjadi milik Brandon Jones dari Belize yang merakam masa 10.94s sekali gus mengiringi Muhammad Azeem ke peringkat saringan apabila dua pelari terpantas setiap saringan bersama dua pelari dengan catatan terbaik berikutnya layak ke pusingan seterusnya.
Catatan masa 10.24s direkodkan Muhammad Azeem adalah yang terpantas bagi pusingan kelayakan diikuti Emanuel Archibald dari Guyana yang berlari dalam saringan satu di tempat kedua (10.27s) dan Ebrahima Camara dari Gambia yang beraksi dalam saringan empat di tempat ketiga dengan masa 10.32s.
Seramai 10 pelari dari pusingan kelayakan mara ke peringkat saringan yang dijadual berlangsung kira-kira 1.40 pagi ini waktu Malaysia.
Muhammad Azeem yang membuat penampilan pertamanya di Kejohanan Dunia tahun ini merupakan pemegang rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09s yang dicipta pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia, Ogos tahun lepas.
Catatan terbaik atlet kelahiran Perak berusia 19 tahun itu musim ini adalah 10.11s yang dilakukan di Amerikat Syarikat, Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menepati ramalan layak ke pusingan pertama acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023. - Gambar fail/Sinar Harian

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Azeem sambar emas, gangsa di Georgia
Muhammad Azeem mulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Layak ke Olimpik Paris 2024 sasaran terbesar Azeem
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjadikan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai sasaran terbesarnya tahun ini.

Muhammad Azeem layak ke pusingan pertama 100m dengan bergaya
Muhammad Azeem Mohd Fahmi menepati ramalan layak ke pusingan pertama acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023.

Sukan Asia: Muhammad Azeem optimis bawa pulang pingat
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem yakin mampu melakar kejayaan membanggakan dengan membawa pulang pingat pada Sukan Asia 2022.

Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.

Muhammad Azeem bersyukur, azam kekal momentum dalam 200m di Colombia
Muhammad Azeem bersyukur dengan pencapaian diraihnya walaupun impian menaiki podium acara 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) tidak kesampaian.

Haiqal, Khairul Hafiz gagal lepasi had kelayakan ke Hanoi
Muhammad Haiqal berlari di atas permukaan trek basah akibat cuaca hujan dan melintasi garisan penamat dengan catatan masa 10.58s.

'Speedy Jantan' tidak pertahankan emas 100m di Sukan SEA Filipina
Sekadar melakarkan kepantasan 10.71 saat pada aksi final 100m pada Kejohanan Olahraga KOM minggu lalu, sekali gus gagal melepasi had kelayakan 10.43s seperti ditetapkan.

Apa khabar 'The Speedy Jantan'? Ini sasaran untuk 2019
Tahun 2016 mencetus fenemona buat Khairul Hafiz selepas memecahkan rekod kebangsaan 100 meter berusia 18 tahun milik Watson Nyambek.