HANOI: Pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi memohon maaf atas kesilapannya melakukan 'false start' atau salah mula pada separuh akhir acara 100m lelaki Sukan SEA ke-31 di sini, semalam.
Atlet berusia 18 tahun itu, menerusi media sosialnya, turut mengakui beliau terlalu kecewa sehingga tidak dapat mengawal emosinya selepas penyertaan beliau dibatalkan di Stadium Nasional My Dinh.
"Pertama sekali saya ingin memohon maaf atas kelemahan diri yang tidak berjaya mengawal emosi ketika disingkirkan tadi. Terlalu kecewa dengan diri sendiri yang tak mampu memulakan larian atas faktor false.
"Saya minta maaf kepada sesiapa yang terkena tempias 'emosi' saya ketika di stadium. Insya-Allah berkat doa-doa kalian akan membawa saya ke arah kejayaan yang lebih berharga di masa akan datang. Terima kasih Malaysia," menurut catatannya di Instagram.
Semalam, Muhammad Azeem, yang diberi julukan 'Usain Bolt Malaysia' itu, dilihat terlalu kecewa dan tidak dapat mengawal emosinya selepas disingkirkan daripada larian separuh akhir kedua.
Bagaimanapun, ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Manshahar Abdul Jalil menjelaskan, bahawa penjelasan pengadil dan pegawai teknikal (TD), selepas pemeriksaan laporan peralatan teknikal membuktikan bahawa Muhammad Azeem memang membuat kesilapan tanpa disedarinya.
Beliau berkata, waktu reaksi Muhammad Azeem 0.058 saat lebih awal sebelum pistol pelepasan dibunyikan dan kakinya tidak menjejak blok permulaan ketika tembakan pistol.
Dengan seorang lagi wakil negara, Muhammad Arsyad Md Saat mengalami kecederaan pangkal paha ketika separuh akhir pertama, dan menamatkan saingan final pada kedudukan keenam dengan catatan 10.69s, Malaysia gagal mempertahankan gelaran 'Raja Pecut Asia Tengara' semalam.
Pelari muda berusia 16 tahun yang digelar 'Thai Wonderkid' Puripol Boonson muncul Juara Pecut Asia Tenggara dengan catatan 10.44 saat (s), manakala rakan sepasukannya Soraoat Dapbang (10.56s) meraih perak dan Marc Brian Louis dari Singapura membawa pulang gangsa (10.56s) berdasarkan 'photo finish'.
Malaysia mengungguli acara riben biru itu bagi dua edisi sebelum ini menerusi Khairul Hafiz Jantan pada 2017 di Kuala Lumpur dan Muhammad Haiqal Hanafi di Filipina pada 2019. - BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Jonathan Nyepa beraksi dalam acara 200 meter akhir kategori lelaki yang menyaksikan pelari negara tersasar dalam meraih sebarang pingat pada Sukan SEA ke-31 di My Dinh National Stadium, Hanoi. - Gambar BERNAMA
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.
PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.