NILAI: Atlet berbasikal trek muda negara Muhammad Ridwan Sahrom merangkul pingat emas kedua peribadi selepas mengungguli final 1 kilometer (km) ujian masa lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024 di Velodrom Nasional di sini hari ini.
Pelumba berusia 23 tahun itu yang membantu Johor memenangi emas acara pecut berpasukan Isnin lepas, berada dalam kelas tersendiri selepas merekodkan catatan terpantas 1 minit 01.529 saat (s) untuk menewaskan dua pencabarnya.
Pingat perak dimenangi pelumba dari Melaka Muhammad Hafiq Mohd Jafri dengan masa 1:04.079s sementara wakil Buceros Cycling Team Ahmad Safwan Ahmad Nazeri yang merekodkan 1:04.167s terpaksa berpuas hati dengan gangsa.
Pada kejohanan itu Muhammad Ridwan turut membawa pulang satu perak dan gangsa masing-masing bagi acara pecut dan keirin lelaki elit, selain memperbaharui dua catatan peribadi terbaik dalam acara pecut dan 1km ujian masa.
"Pencapaian ini berkat sokongan semua, terutama jurulatih saya yang sentiasa memberi sesuatu yang positif untuk saya berlumba. Dua hari lepas semasa acara pecut, kaki saya rasa tak berapa okey tapi saya ketepikan masalah itu untuk kayuh hingga ke penghujung kejohanan.
"Semalam pun saya rasa waswas untuk berlumba pada hari ini tetapi saya tetap teruskan dan tak sangka dapat emas hari ini," katanya yang melakar masa 9.929s dalam acara pecut untuk memadam catatan peribadi terbaik terdahulu.
Sementara itu, bintang muda Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terus cemerlang apabila mendominasi saingan final 500m ujian masa wanita elit selepas mencatat masa 34.254s meninggalkan Yong Ann Tun dari Selangor A di tempat kedua (36.006s) dan Nurul Aliana Syafika Azizan dari Pulau Pinang ketiga (36.097s).
Kejayaan tersebut menambah koleksi emas pelumba berusia 20 tahun itu yang bakal membuat debut di Sukan Olimpik di Paris pada Julai depan, selepas terdahulu turut memenangi emas dalam acara keirin, pecut dan pecut berpasukan.
"Secara keseluruhan saingan di sini agak mencabar dan banyak lagi yang saya pun perlu perbaiki terutama dari segi taktik serta teknik bagi kedua-dua acara keirin dan pecut kerana saya akan beraksi bagi acara tersebut di Olimpik, jadi saya akan fokus dua acara itu (hingga ke Paris)," kata altet yang mewakili negeri kelahirannya, Kedah di sini.
Nurul Izzah bersama pemenang pingat perak acara keirin Olimpik Tokyo 2020 Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom merupakan pelumba berbasikal trek negara yang layak secara merit ke Olimpik Paris.
Dalam pada itu, atlet Kuala Lumpur Newjoe Lau dan Yeong Zhen Yi masing-masing memenangi emas acara kejar mengejar individu lelaki dan wanita elit selepas mengenepikan lawan masing-masing di final.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Pelumba Johor Muhammad Ridwan Sahrom (tengah) meraikan kemenangan dengan memperoleh pingat Emas bagi acara Men Elite 1KM Time Trial pada Kejohanan Trek Kebangsaan 2024 di Velodrom Nasional Nilai, hari ini. - Foto BERNAMA

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Berbasikal trek: Boy tanam misi buru gelaran raja pecut negara
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom memasang impian untuk menjadi raja pecut berbasikal negara.

Muhammad Ridwan sambar emas peribadi kedua, Nurul Izzah terus cemerlang
Pelumba berusia 21 tahun itu berada dalam kelas tersendiri selepas merekodkan catatan terpantas 1 minit 01.529 saat (s) untuk menewaskan dua pencabarnya.

Skuad berbasikal trek pulang tangan kosong dari Kanada
Muhammad Ridwan Sahrom menamatkan saingan di tempat ke-29 selepas tersingkir awal pada pusingan kelayakan.

Muhammad Ridwan, Nurul Izzah tewas dalam saingan masing-masing di Track Nations Cup UCI 2024
Muhammad Ridwan Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri pamer aksi mengecewakan dalam kempen Track Nations Cup UCI 2024 di Milton, Kanada.