SEPANG: Pemain sayap skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid mahu sekali lagi 'menggegar' negara 'Tembok Besar' dalam membantu Malaysia mengekalkan rentak kemenangan pada dua aksi antarabangsa Tier 1 berdepan Syria dan China, di Chengdu, China bulan ini.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, yang menjaringkan dua gol dalam dua aksi persahabatan terakhir skuad Harimau Malaya berkata akan menampilkan persembahan terbaik sekiranya mendapat kepercayaan pengendali Kim Pan Gon.
"Kalau diberi peluang untuk bermain saya akan buat terbaik, dengan pasukan ketika ini kami mempunyai peluang yang cerah untuk menang," katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Chengdu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 di sini hari ini.
Biarpun berkeyakinan, pemain berusia 26 tahun itu berkata skuad kebangsaan masih perlu menghormati Syria dan China yang merupakan pasukan 100 terbaik dunia selain dibarisi pemain yang beraksi di Eropah.
Sebelum ini, Muhammad Safawi mempamer permainan yang baik di bumi China apabila menghasilkan dua gol bersama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan yang mara hingga ke suku akhir saingan Piala Asia B-23 2018.
Beliau juga pernah meledak gol ketika JDT tewas 1-2 di tangan Shandong Luneng pada aksi Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2019 dan jaringan itu memenangi Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara AFC setahun kemudian.
Skuad Harimau Malaya yang berada di ranking ke-136 dunia akan bertemu Syria (ke-94), Rabu ini dan menentang China (ke-80) tiga hari kemudian dengan venue perlawanan belum dimuktamadkan.
Dua aksi persahabatan itu penting bagi pasukan negara dalam persediaan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026 bermula November ini dan Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan selepas mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terdahulu.
Malaysia mengatasi Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 masing-masing di Johor pada Mac lepas, sebelum menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dan Papua New Guinea 10-0 masing-masing di Terengganu, pada Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023

Safawi mahu bantu Malaysia kekalkan rentak kemenangan pada dua aksi antarabangsa Tier 1 berdepan Syria dan China, di Chengdu, China bulan ini. - Gambar fail/Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.

Safawi Rasid tidak lagi panaskan bangku simpanan?
Semoga magis sebagai 'dead ball speacialist" mampu dilakukan Safawi apabila bersama Skuad Penyu.

Muhammad Safawi tekad balas kepercayaan Pan Gon di Qatar
Safawi mengakui tidak menjangka khidmatnya masih ditagih Pan Gon berikutan kekurangan minit permainan bersama JDT tahun ini.

Muhammad Safawi mahu 'gegar' China lagi
Mahu bantu Malaysia kekalkan rentak kemenangan pada dua aksi antarabangsa Tier 1 berdepan Syria dan China, di Chengdu, China bulan ini.

Muhammad Safawi bakal timang cahaya mata, kekal di JDT
Pemain sayap skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid mendedahkan, beliau dan isterinya yang juga pelakon Syifa Melvin bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Pan Gon percaya Malaysia sepatutnya jaringkan lebih banyak gol
Kemenangan Malaysia 4-1 ke atas pasukan yang ranking dunianya lebih tinggi Kepulauan Solomon malam tadi, tidak mencukupi untuk Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon.

Ini Bukit Jalil, anda tak boleh 'menari' di sini - Muhammad Safawi
Katanya, kejayaan itu lebih manis apabila menafikan niat pemain skuad Singa untuk 'menari' di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya.

Piala AFF: Safawi harap tuah kali ketiga
Muhammad Safawi yang bakal menyertai Ratchaburi FC Thailand secara pinjaman musim depan juga cepat meredakan kebimbangan bahawa skuad Harimau Malaya kali ini kurang mantap.

Pawi 'tolak tepi' bulan madu, fokus rebut tempat ke Piala AFF
Isterinya merestui hajatnya selain memberi kata-kata semangat untuk merebut tempat dalam barisan akhir skuad Harimau Malaya.

Suasana harmoni 'rahsia' skuad Harimau Malaya - Muhammad Safawi
Keharmonian dalam pasukan dorong skuad Harimau Malaya meraih keputusan memuaskan pada kejohanan Piala Raja Thailand.