KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berkemungkinan terlepas aksi di Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2024 (Nations Cup) kerana mengalami kecederaan akibat kemalangan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Selasa lepas.
Muhammad Shah Firdaus berkata, beliau yang sepatutnya berlepas ke Australia Sabtu ini, bagaimanapun masih menunggu keputusan daripada barisan kejurulatihan untuk menentukan sama ada akan menyertai kejohanan berlangsung pada 2 hingga 4 Feb di Adelaide itu, atau melupakan hasrat berbuat demikian.
Jika terpaksa melupakan penyertaan di Piala Negara-Negara kali ini, pelumba diberi julukan The Terminator Shah itu terlepas peluang menambah pungutan mata ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Perancangan awal, saya hanya mahu menyertai Nations Cup di Australia dan Hong Kong pada Mac untuk memastikan mata ke Olimpik lebih terjamin, jadi saya tidak perlu ke Nations Cup di Kanada pada April sebab tidak mahu perjalanan jauh.
"Tetapi kalau awal-awal sudah tidak dapat sertai, ia akan merencatkan perancangan saya. Kalau dari segi mata ke Olimpik saya sudah layak, cuma saya perlu mengukuhkan kedudukan kerana sekarang kelayakan ke Olimpik masih berjalan," katanya kepada Bernama.
Menceritakan mengenai kemalangan dialaminya, atlet berusia 28 tahun itu berkata, beliau terlibat dalam kemalangan berkelajuan tinggi selepas tayar basikal ditunggangnya meletup semasa sedang memecut untuk mengejar motosikal di hadapannya.
Menurutnya, kecederaan dialami agak serius apabila melibatkan bahu kirinya, luka di keseluruhan bahagian paha dan bengkak di buku lali menyebabkan beliau tidak mampu untuk berjalan.
"Masa kayuh ada dengar bunyi sesuatu, masa tengah selekoh tayar belakang meletup dan saya terus jatih. Mereka (jurulatih) bergegas bawa saya naik ambulans ke Institut Sukan Negara (ISN).
"Bila scan tiada yang patah. Saya tengah kecewa, pening kepala memikirkan masa-masa penting ini boleh cedera. Tapi tak boleh nak buat apa, ISN suruh saya rehat. Saya hari-hari cuci luka supaya cepat sembuh," katanya yang menyifatkan kemalangan dialami sama seperti menimpa Datuk Azizulhasni Awang ketika melakukan persiapan ke Sukan Asia Hangzhou 2022.
Tempoh kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 bagi sukan berbasikal trek telah bermula sejak 19 Julai tahun lepas hingga 14 April ini.
Sebagai rekod, Muhammad Shah berjaya merangkul pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir pada Mac sebelum beliau menyambar pingat perak acara sama di Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium (IBTM) di Ghent pada April.
Beliau juga turut berjaya peroleh gangsa bagi acara pecut dan keirin pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024

Atlet berusia 28 tahun itu berkata, beliau terlibat dalam kemalangan berkelajuan tinggi selepas tayar basikal ditunggangnya meletup semasa sedang memecut untuk mengejar motosikal di hadapannya. - Gambar Bernama

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.