Pemain E-Sports, Muhammad Zarif Aiman Aris memasang impian untuk muncul juara pada Kejohanan Dunia International ESports Federation (IESF) ke-10 di Kaohsiung, Taiwan, bermula esok hingga 13 Nov ini.
Mengakui belajar daripada kesilapan, Muhammad Zarif, 19, tekad bangkit memperbaiki kedudukan kelapan terbaik dunia yang diraih tahun lalu, kepada gelaran juara kategori Tekken 7 kali ini.
"Ini penampilan kedua saya di Kejohanan Dunia. Pengalaman lepas banyak mengajar saya supaya tidak mudah hilang fokus dan tidak boleh cepat berputus asa, ia menjejaskan permainan saya.
"Tahun lepas setelah dikalahkan pemain Filipina yang merupakan juara Tekken 7, saya akui kecewa sehingga kecundang ke tempat kelapan. Saya kaji kelemahan saya dan mungkin kali pertama mewakili negara, saya gugup.
"Kali ini saya lebih yakin dan dengan latihan yang cukup, saya harap dapat memberi saingan lebih kompetitif dan tidak akan mudah mengalah," katanya kepada pemberita di Auditorium Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini hari ini.
Muhammad Zarif berkata beliau mula berkecimpung dalam permainan Tekken 7 sejak berusia 13 tahun.
Terdahulu, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia mengadakan majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil Malaysia yang akan bertanding di Kejohanan Dunia itu.
Selain Muhammad Zarif, pasukan Malaysia turut dibarisi Darius Yap Jian Han, Caleb Rao, Jason Wei Beh Jern, Vince Ng Chee Chuen dan Jordan Tan Jiu Ming, yang mengambil bahagian dalam kategori League of Legends.
Aiman Azham, Shamir Aliff Saifu Khalish, Rusyaidee Nordin, Ashraf Firdaus Kamaruzaman dan Azim Shaharudin pula bertanding dalam kategori Global Offensice (CS:GO).
Pertandingan berkenaan adalah acara tahunan yang diadakan di peringkat antarabangsa semenjak 2009.
Sejak menyertai pertandingan itu dari 2010, Malaysia berjaya mendapat tempat kedua dunia untuk Tekken pada 2012 dan tempat keempat dunia bagi FIFA Online 2010.
Malaysia secara konsisten mendapat tempat kelapan teratas keseluruhan, yang menyaksikan saingan melibatkan lebih 40 negara di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 05 2018
![Muhammad Zarif sasar juara Tekken 7 di kejohanan dunia Muhammad Zarif sasar juara Tekken 7 di kejohanan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61541425283_CounterStrike.jpg)
Peserta-peserta negara yang menggalas cabaran pada Kejohanan Dunia International ESports Federation (IESF) bergambar selepas Penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil IESF di Auditorium Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731714295_IESFRiyadhmalaysi.jpg)
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
![Kejohanan e-sukan tawar hadiah sehingga RM70,000 sempena HSN 2024 Kejohanan e-sukan tawar hadiah sehingga RM70,000 sempena HSN 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728046751_KEJOHANANESPORTSHS.jpg)
Kejohanan e-sukan tawar hadiah sehingga RM70,000 sempena HSN 2024
Kejohanan itu akan tampilkan permainan Konami eFootball 2025 sebagai pertandingan utama yang melibatkan penyertaan 15 negeri dan Wilayah Persekutuan.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Sebuah institusi di bawah KBS, KKDW dijadikan pusat latihan TVET e-sports Sebuah institusi di bawah KBS, KKDW dijadikan pusat latihan TVET e-sports](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718961973_AhmadZahidHamidi.jpg)
Sebuah institusi di bawah KBS, KKDW dijadikan pusat latihan TVET e-sports
Sebuah institusi TVET di bawah KBS dan KKDW akan 'diubah wajah' dan dijadikan pusat latihan TVET sukan elektronik atau e-sports.
![Final MEC: 22 pasukan berentap rebut RM100,000 Final MEC: 22 pasukan berentap rebut RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641427948_Esports.jpg)
Final MEC: 22 pasukan berentap rebut RM100,000
Perlawanan tersebut akan berlangsung secara dalam talian dan 'offline' di pusat beli-belah KL Gateway pada Sabtu dan Ahad ini.
![MPL Invitation 2021: Tanda pagar #IndoPride Bergema selepas ONIC Esport ID dinobat juara MPL Invitation 2021: Tanda pagar #IndoPride Bergema selepas ONIC Esport ID dinobat juara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636712906_onic.png)
MPL Invitation 2021: Tanda pagar #IndoPride Bergema selepas ONIC Esport ID dinobat juara
Pada pusingan akhir, mereka berjaya mengecewakan pasukan dari Filipina, Blacklist International dan dinobatkan juara.
![16 pasukan lengkap buruan kejohanan dunia Mobile Legends M3 16 pasukan lengkap buruan kejohanan dunia Mobile Legends M3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635666219_Mobile.png)
16 pasukan lengkap buruan kejohanan dunia Mobile Legends M3
Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 pastinya akan menjanjikan kelainan buat para penonton dari seantero dunia.
![Geek Fam: Xorn-Dominus sehati sejiwa Geek Fam: Xorn-Dominus sehati sejiwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630828991_xorn.png)
Geek Fam: Xorn-Dominus sehati sejiwa
Jom kita dekati dua pemain dari Geek Fam iaitu Xorn dan Dominus.
![MPLMYS8: Bosskurr vs Geek Fam. Sejarah lama akan berulang atau sejarah baharu akan tercipta? MPLMYS8: Bosskurr vs Geek Fam. Sejarah lama akan berulang atau sejarah baharu akan tercipta?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629480373_mpl.png)
MPLMYS8: Bosskurr vs Geek Fam. Sejarah lama akan berulang atau sejarah baharu akan tercipta?
Adakah anda peminat MLBB sudah bersedia untuk MPLMYS8 mingggu kedua?
![Fahami semua 'synergy' dan corak permainan musuh - Pakar Magic Chess Fahami semua 'synergy' dan corak permainan musuh - Pakar Magic Chess](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628271027_ArepTVChess.png)
Fahami semua 'synergy' dan corak permainan musuh - Pakar Magic Chess
Anak kelahiran Termeloh, Pahang ini, tidak pernah menjangkakan dia akan menjadi seorang pemain pro untuk Magic Chess.