PUTRAJAYA: Jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli tidak akan menerima ganjaran RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) susulan penyertaannya dibatalkan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ketetapan dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu bukan sebagai hukuman kepada atlet berkenaan susulan terlepas peluang mempertahankan pingat emas pada temasya itu Ogos lepas.
Ahmad Faizal tanpa mendedahkan secara terperinci berkata beberapa pihak telah menawarkan untuk memberi ganjaran kepada atlet berusia 31 tahun itu sebagai menghargai pengorbanan dan usahanya di temasya sukan berkenaan.
"KBS memutuskan tiada ganjaran yang akan diberikan kepada Muhammad Ziyad menerusi SHAKAM.
"Namun saya akan berhubung dan berbincang dengan Muhammad Ziyad tentang ganjaran yang tidak ada kena mengena dengan peruntukan kewangan kerajaan," katanya pada sidang media Majlis Sambutan Hari Integriti dan pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi peringkat KBS 2021 di Menara KBS di sini hari ini.
Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang juga rekod baharu dunia, pada temasya berkenaan sekali gus gagal mengulangi kejayaan diraih pada edisi Sukan Paralimpik Rio 2016.
Beliau diklasifikasikan sebagai 'Did Not Start (DNS)' atau tidak bermula susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine, yang mendakwa Muhammad Ziyad lewat melapor diri di bilik panggilan sebelum pertandingan berlangsung.
Kontroversi melanda hari ketujuh temasya itu menyaksikan atlet Ukraine Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus, memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Minggu lepas, sebuah jawatankuasa siasatan dalaman dilantik bagi merungkai isu melanda Muhammad Ziyad di Sukan Paralimpik Tokyo itu, merumuskan atlet tersebut dan jurulatihnya tidak dapat membuktikan mereka tiba pada waktu ditetapkan di bilik panggilan.
Hasil daripada sesi temu bual serta dokumen diperoleh jawatankuasa itu mendapati tiada kelibat Muhammad Ziyad dan jurulatihnya Mohd Faizol Harun pada waktu ditetapkan walaupun mereka mendakwa tiba sebelum tamat waktu pendaftaran di Bilik Panggilan Satu, Stadium Olimpik Tokyo.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021

KBS memutuskan tiada ganjaran yang akan diberikan kepada Muhammad Ziyad menerusi SHAKAM. - Bernama

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Para SUKMA: Badrul Hisam lupakan YouTube, kutip ilmu Muhammad Ziyad
Badrul Hisam Musa kini mendapat tunjuk ajar secara langsung daripada jaguh negara Muhammad Ziyad Zolkefli.

Sukan Paralimpik Paris 2024: Syabas dan tahniah Ziyad - PM Anwar
Muhammad Ziyad melakukan 17.18 meter (m) dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara.

Paralimpik Paris 2024: Kilauan perak padam 'episod hitam' Muhammad Ziyad
Atlet itu hadir 20 minit lebih awal ke bilik panggilan di Stade de France sebelum memulakan aksi acara lontar peluru lelaki F20 semalam.

Paralimpik Paris 2024: Muhammad Ziyad akur dengan perak
Muhammad Ziyad melakukan 17.18m untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara, selepas pulang tangan kosong pada edisi lepas.

Paris 2024: Menanti 'amukan' Ziyad, emas sulung Liek Hou ceriakan kontinjen negara
Ziyad sudah semestinya diharapkan dapat merampas emas yang pernah dimenanginya pada Sukan Paralimpik Rio 2016.

Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.

Muhammad Ziyad 'tercabar' catatan rekod kebangsaan Jonah
Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui tercabar dengan kejayaan bintang dalam pembikinan Jonah Chang Rigan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan lontar peluru pada Kejohanan Balingan Asia 2023 di Mokpo.

Ziyad raih perak di kejohanan dunia, tempah slot ke Paralimpik Paris
Jaguh lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya menempah slot ke Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas meraih perak acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) di Paris, semalam.

Ziyad pertahan gangsa, bakar semangat rampas kembali emas Paralimpik
Kejayaan mempertahankan pingat gangsa dimenangi pada Sukan SEA 2023 benar-benar membakar semangat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.

Pingat emas hadiah buat hari lahir anak - Muhammad Ziyad
"Saya menang pingat pada 1 Ogos, hari kelahiran anak lelaki saya, memang ini hadiah kemenangan buat anak saya Thariq Xavier."