MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) akan mengambil alih pengurusan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) pada musim depan.
Presiden MUSA, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, langkah berkenaan bagi memastikan isu tunggakan gaji pemain yang mengakibatkan skuad Hang Tuah itu hilang slot beraksi di Piala Malaysia, tidak berulang pada musim akan datang.
Beliau berkata, bermula tahun hadapan MUSA akan melantik empat syarikat lain sebagai badan pengurusan baharu MUFC dengan perkongsian 60 peratus saham manakala 40 peratus lagi dipegang oleh MUSA.
Namun tegasnya, syarikat Ken Team Sdn Bhd, (Ken Team) yang ketika ini menguruskan MUFC juga diarah melunaskan segala hutang termasuk gaji tertunggak pemain pada Disember ini.
"Saya berjanji kepada semua peminat Melaka, dan walaupun kita terlepas Piala Malaysia, dengan keadaan gaji keadaan pasukan kita yang tidak begitu konsisten, kita akan pastikan tahun depan kita jadi lapan pasukan terbaik yang layak ke Piala Malaysia secara automatik dan hutang-hutang yang tertunggak kita pasti akan bayar sebelum menjelang 2023 Liga Super nanti,' katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Kongres Luar Biasa MUSA di Bandar Hilir, Melaka hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, pengambilalihan itu pada dasarnya turut mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Katanya, kedua-dua pemimpin tertinggi Melaka itu menyifatkan tindakan yang diambil Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap pasukan Melaka United dianggap sesuatu yang memalukan dan menjejaskan imej negeri.
Menurut Nur Azmi, pengambil alihan MUFC dianggap perlu memandangkan syarikat Ken Team telah beberapa kali gagal menunaikan janji untuk melunaskan tunggakan gaji pemain.
Syarikat terbabit juga ujarnya, gagal membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), milik pemain berjumlah lebih RM694,000.
Kegagalan itu, mengakibatkan MFL menggantung lesen Melaka United untuk beraksi dalam Liga Malaysia musim ini.
MFL pada 21 September lalu menerusi satu kenyataan mengesahkan Melaka United dilarang beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini susulan tunggakan gaji yang membelenggu pasukan Liga Super itu yang masih belum dijelaskan.
Keputusan itu dibuat Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas pihak pengurusan MUFC gagal
menyelesaikan bayaran tunggakan gaji seperti tarikh yang ditetapkan yang berakhir 20 September.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Sep 25 2022

Nur Azmi bercakap kepada media selepas mempengerusikan Kongres Luar Biasa MUSA di Bandar Hilir, Melaka hari ini. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MUFC bakal 'bernafas' semula?
Ab Rauf berkata pihaknya sedang mengkaji pelbagai sudut termasuk merujuk kepada penasihat undang-undang untuk memulihkan kembali MUFC.

MUSA akan ambil alih MUFC musim depan
Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) akan mengambil alih pengurusan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) pada musim depan.

Risto Vidakovic ketua jurulatih baharu Melaka United
Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) hari ini mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baharu Risto Vidakovic yang berasal dari Bosnia dan Herzegovina bagi menggantikan Zainal Abidin Hassan.

MUFC perlu bangkit, tidak ulangi kesilapan mudah - Zainal Abidin
Zainal mahu para pemainnya mengambil iktibar agar tidak lagi mengulangi kesilapan mudah seterusnya menyebabkan pasukan dihukum.

Melaka United nafi Apek merajuk
Datuk Mohd Saiful Mat Sapri menafikan penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat merajuk dan mahu meninggalkan MUFC.

Kemenangan sulung suntik semangat MUFC hadapi JDT
Kemenangan sulung MUFC selepas empat kali mencatat keputusan seri, menyuntik semangat pasukan berdepan JDT pada perlawanan seterusnya.

MUFC masih buntu cari kemenangan - Zainal Abidin
Zainal Abidin mengakui perlu mempertajamkan jentera serangan, selepas barisan hadapan pasukannya itu dilihat mensia-siakan beberapa peluang.

MUFC lancar jersi baharu musim 2021
Majlis pelancaran diadakan secara dalam talian bagi mematuhi SOP PKPB yang berkuat kuasa di Melaka ketika ini.

Selangor sah ikat Nurshamil
Nurshamil dilepaskan kepada The Red Giants kerana mahu penjaring terbanyak Liga FAM itu menimba lebih banyak pengalaman dan mengasah lebih tajam kemahirannya sebagai seorang penyerang.