Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi yang muncul juara perlumbaan motosikal Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring pada Ahad
"Tahniah kepada Khairul Idham yang menang perlumbaan Moto3 di Grand Prix Jerman! Teruskan usaha untuk raih banyak lagi kejuaraan dan harumkan nama negara!," kata Najib dalam catatan di laman Twitter beliau.
Ia merupakan kemenangan kedua buat Khairul yang mewakili pasukan Honda Team Asia itu selepas muncul juara di GP Argentina pada April.
DI SEBALIK LENSA: Khairul Idham Pawi juarai Moto3 di GP Jerman
Kemenangan itu membolehkan Khairul Idham berada di tempat ke-10 keseluruhan selepas mengumpul 54 mata. Pelumba Afrika Selatan Brad Binder dari pasukan Red Bull KTM Ajo masih mendahului dengan 159 mata.
Astro Awani
Mon Jul 18 2016

Anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu mencatatkan masa 47 minit 07.763 saat. - Gambar fail

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

MotoGP: Marquez 'menangis' kembali menang di Jerman
Saingan di Sachsenring kali ini menyaksikan Marquez kembali menemui tunggangan terbaiknya bagi merekodkan 11 kemenangan berturut-turut.

Najib ucap tahniah kepada jaguh Moto3 Khairul Idham
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi yang meraih kemenangan di GP Jerman.

Khairul Idham Pawi juarai perlumbaan Moto3 di GP Jerman
Pelumba berusia 18 tahun dari pasukan Honda Asia itu bermula di petak ke-20.