KUALA LUMPUR: Kalau mahu jadi pemain nombor satu negara dan dunia mesti sedia berdepan tekanan hebat, itu kata-kata semangat legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei kepada pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia.
Chong Wei mendedahkan Zii Jia bertemu dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan pandangan serta nasihat sebelum bertindak menghantar surat peletakan jawatan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bergerak sebagai pemain bebas.
Pemenang pingat perak pada tiga temasya Sukan Olimpik itu berkata Zii Jia yang menjuarai All England 2021 mengakui dirinya tidak boleh berdepan tekanan yang hebat, namun tidak menyatakan secara jelas bentuk tekanan diterima.
"Saya tak tahu macam mana tahap tekanan di BAM ketika ini sebab saya tidak bersama BAM lagi, untuk saya dulu memang satu tekanan tetapi lain karakter dan lain pemain, ada yang boleh menangani tekanan itu.
"Bagi saya tekanan saya hadapi memang cukup kuat, namun saya dapat jadikan ia sebagai satu motivasi. Saya merasainya (tekanan) tetapi saya tukar ia menjadi dorongan untuk saya berjuang demi negara. Lain orang lain caranya," kata Chong Wei ketika dihubungi hari ini.
Sebagai bekas pemain dianggap sebagai abang oleh Zii Jia, Chong Wei berkata beliau tidak menyarankan supaya Zii Jia meninggalkan BAM mahupun terus kekal bersama badan induk itu berikutan tekanan dihadapi, kerana enggan mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat.
Bagaimanapun menurutnya beliau menasihatkan supaya pemain ranking ketujuh dunia berusia 23 tahun itu berbincang bersama BAM bagi mencapai titik pertemuan yang memenangkan kedua-dua pihak.
Katanya ini kerana hubungan beliau dengan BAM sepanjang 19 tahun bernaung di bawah badan induk itu juga tidak terlepas daripada diuji dengan masalah persefahaman, namun ia dapat ditangani menerusi perbincangan.
"Memang kita kadang-kadang ada alasan atau perkara yang tak 'ngam' (sesuai) dengan kita, tetapi bagaimana cara kita beri kerjasama kepada BAM, 'give and take', dan dalam apa yang kita buat bukan 100 peratus betul," kata bekas pemain nombor satu dunia itu.
Mengulas mengenai tekanan dalam sukan, Chong Wei berkata perkara itu adalah lumrah yang dihadapi semua atlet berstatus nombor satu dunia dalam apa jua bidang sukan.
"Bukan saya seorang saja, Federer (Roger Federer) dan Tiger Woods pun, semua sukan sama. Kalau kita tak boleh tahan dengan tekanan, peluang untuk capai satu tahap lebih baik iaitu jadi pemain nombor satu dunia adalah amat sukar," katanya.
Sementara itu seorang lagi bekas pemain nombor satu dunia Roslin Hashim menyifatkan keputusan Zii Jia itu adalah langkah berani dan pasti mempunyai sebab kukuh sehingga membuat keputusan yang mengejutkan.
"Pasti dia memang sudah fikir panjang tentang perkara ini, saya tidak melihat ia sebagai satu kesalahan dan perlu diletakkan di bahu Zii Jia saja, kita kena lihat secara keseluruhan apa punca sebenarnya," kata Roslin.
Semalam Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan Zii Jia membuat keputusan meninggalkan badan induk itu dan telah menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Jan lepas.
Mohamad Norza berkata antara faktor Zii Jia ingin keluar daripada badan induk itu kerana beliau bukan Chong Wei, tidak boleh tahan tekanan dan mahu mencapai apa yang diinginkan sendiri dengan ruang tanpa kekangan.
BAM dijangka mengumumkan keputusan berhubung kata putus Zii Jia itu esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Kalau mahu jadi pemain nombor satu negara dan dunia mesti sedia berdepan tekanan hebat, kata legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei. - Gambar fail/Instagram @leechongweiofficial
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara
Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.
'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei
PERKONGSIAN mencuit hati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai perpaduan kaum di Malaysia sekali lagi mencuri perhatian.
Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei menggesa netizen supaya tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia berikutan tamatnya Sukan Olimpik Paris.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Chong Wei pernah menerima tawaran daripada BAM dan luar negara tetapi masih tidak berminat untuk menjadi jurulatih.
'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei
Semangat dan solidariti untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dari komuniti sukan negara masih berterusan sehingga saat ini.