IPOH:Penyokong Perak tidak perlu bimbang mengenai penjenamaan pasukan semasa proses penswastaan pasukan bola sepak kerana akan bertukar menjadi Perak FC.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Adly Shah Ahmad berkata, pihaknya kini dalam proses untuk menukar nama itu dari Bos Gaurus FC kepada Perak FC.
Menurutnya, penggunaan nama Perak FC memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri.
“Oleh kerana hendak cepat kita bubuh nama lain dahulu. Insya Allah permohonan (tukar kepada Perak FC) akan diluluskan dalam tempoh terdekat," katanya selepas menerima memorandum dari Kelab Gabungan TBG MOBS di sini, hari ini.
Dalam memorandum itu, TBG MOBS merayu kepada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) supaya menggunakan nama Perak FC dalam proses penswastaannya.
Memorandum itu diserahkan oleh Timbalan Presiden TBG MOBS, Noor Azli Salleh dan ahli jawatankuasa Persatuan itu Mohd Jefri Amin di pejabat PAFA.
TBG MOBS meminta PAFA menggunakan nama Perak FC dan bukan nama lain berikutan desas-desus Perak akan bergelar Bos Gaurus FC.
Sebelum itu Presiden TBG MOBS , Syamsul Baharin Ahmad Shibi berkata penyokong berasa janggal jika tiada perkataan 'Perak' pada pasukan yang diswastakan itu nanti.
"Janggal jika tiada nama Perak nanti. Setakat ini, kami tidak pasti apa nama digunakan tetapi yang kami dengar Bos Gaurus FC.
"Kami tidak mahu nama pasukan itu dipersendakan jika menggunakan akronim TBG nanti,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Oct 05 2020
Adly Shah Ahmad (tengah) menerima memorandum dari Kelab Gabungan TBG MOBS berkaitan penggunaan nama Perak FC dan penswastaannya. - Astro AWANI
Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah
Alyph menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda Ziana Zain menerusi album The Storm tercapai.
[TERKINI] Israel tunggu senarai tebusan, lengahkan laksana gencatan senjata
Prof Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr Kamaruzzaman Yusof berkongsi analisis mengenai tindakan Israel melengahkan gencatan senjata, dan menggunakan alasan menanti senarai tebusan dari Hamas.
Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.
Amaran hujan berterusantahap buruk di Sarawak sehingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ramalan cuaca signifikan yang mengakibatkan amaran hujan berterusan (buruk) di Sarawak sehingga esok.
AISSE 25 inisiatif strategik sokong Malaysia pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan
Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE 25) merupakan inisiatif strategik yang mendokong tujuan membariskan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan.
[TERKINI] Polis tidak boleh periksa telefon bimbit tanpa alasan sah - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pegawai polis tidak boleh memberhentikan individu secara sembarangan untuk memeriksa telefon bimbit mereka tanpa alasan yang sah.
ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.
Puluhan penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu bangunan mahkamah di Seoul awal pagi Ahad selepas mahkamah melanjutkan penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
Houthi dakwa lakukan serangan kelapan di Laut Merah
Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman mendakwa pihaknya telah melakukan serangan kelapan ke atas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah pada awal pagi Ahad.
Letupan besar di Gaza selepas 30 minit genjatan senjata dilaksanakan
Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pagi Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini.
Aksi Melaka-Perak berlangsung tanpa kehadiran penyokong
Keputusan daripada FAM itu ekoran insiden kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong Perak FA pada salah satu saingan Liga Super di Ipoh, musim lalu.