CATATAN 2.29 meter pada Kejohanan Terbuka Singapura ke-78, di Stadium Nasional, Singapura, pada Khamis meletakkan atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh pada ranking kedua dunia.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim yang mengesahkan perkara itu berkata, Nauraj kini berkongsi kedudukan tersebut bersama tiga lagi atlet lain iaitu Talles Frederico Silva dari Brazil, Wang Yu dari China, dan D J Smith dari Amerika Syarikat.
Kedudukan pertama di ranking dunia Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), yang dibuat berdasarkan catatan terbaik sepanjang musim 2016, adalah milik Jamal Wilson dari Bahrain yang mencatat ketinggian 2.30m.
"Kejayaan Nauraj telah mengharumkan negara dan perlu dicontohi semua atlet olahraga negara.
"Selepas ini tiada lagi tiket wild card untuk lelaki negara ke Rio. Atlet wanita masih ada peluang untuk layak ke Sukan Olimpik menerusi tiket wild card," katanya pada sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.
Nauraj, 24, layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Ogos ini secara merit selepas mencatatkan 2.29 meter pada kejohanan di Singapura itu, sekali gus menyamai had kelayakan ke Sukan Olimpik.
Selain memenangi pingat emas, kejayaan Nauraj turut memperbaharui rekod kebangsaan 2.27 meter yang dipegang Lee Hup Wei sejak 2008.
Sebelum ini, catatan peribadi terbaiknya adalah pada 2.25 meter ketika menyertai Canberra Track Classic dua bulan lepas
Bernama
Fri Apr 29 2016

Nauraj, 24, layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Ogos ini secara merit selepas mencatatkan 2.29 meter pada kejohanan di Singapura. - Foto AFP

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.

Tiada jurulatih bantut hasrat Eizlan perbaharui rekod peribadi
Ketiadaan jurulatih tetap di Sabah membantutkan hasrat beliau melakukan lompatan terbaik sekali gus memperbaharui rekod peribadinya.

Sukan SEA Hanoi: Hup Wei akan bersara jika tidak terpilih
Perkara itu akan ditentukan badan induk berkenaan dalam satu mesyuarat khas hari ini.

Olimpik: Ketepi jurulatih, pilih pegawai negeri, KOM dikritik
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) telah dikritik kerana memilih seorang pegawai dari negeri bagi mengiringi atlet ke Sukan Olimpik Tokyo, bulan hadapan.

Nauraj kini berada di ranking kedua dunia
Catatan 2.29 meter pada Kejohanan Terbuka Singapura ke-78 pada Khamis meletakkan Nauraj Singh pada ranking kedua dunia.