KUALA LUMPUR: Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa hari ini mengumumkan persaraannya selepas 15 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga, pada usia 31 tahun.
Dalam catatan di akaun instagramnya, Nauraj yang telah menghabiskan masa 15 tahun yang gemilang untuk negara, berkata sudah tiba masanya beliau memberi tumpuan kepada kerjayanya selari dengan tuntutan kerja semasa dan alasan peribadi.
Pemegang rekod kebangsaan acara lompat tinggi lelaki itu mengakui bahawa keputusan tersebut semestinya sesuatu yang sukar dan telah difikirkan dalam tempoh yang lama.
"Keputusan saya berdasarkan alasan peribadi dan perkembangan semasa. Keputusan ini dibuat demi masa depan saya dan setelah difikir secara masak-masak.
"Tambahan pula, saya berasa lega apabila tanggungjawab saya ini bakal digalas oleh dua atlet muda yang berwibawa untuk memastikan penguasaan berterusan Malaysia di Sukan SEA nanti," katanya.
Atlet kelahiran Johor itu turut mengucapkan terima kasih kepada Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana menyediakan keperluan dan menyokongnya sepanjang kerjayanya selama 15 tahun.
Nauraj telah memenangi pingat emas berturut-turut dalam tiga Sukan SEA, pada 2013 di Naypyidaw, 2015 di Singapura dan edisi Kuala Lumpur pada 2017. Beliau memegang rekod kebangsaan 2.30 meter (m) yang diciptanya pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura 2017.
Dia juga memegang rekod tertutup kebangsaan 2.27m yang dilakar pada Kejohanan olahraga Hvezdy vs Nehvizdech di Republik Czech pada Januari tahun lepas.
Berikutan persaraan Nauraj, Malaysia kini menggalaskan harapan kepada Mohamad Eizlan Dahalan dan Farrell Glenn Felix Jurus untuk memenangi pingat dalam acara lompat tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Nauraj telah menghabiskan masa 15 tahun yang gemilang untuk negara. - Gambar fail

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

Nauraj umum bersara setelah 15 tahun berbakti kepada negara
Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa hari ini mengumumkan persaraannya selepas 15 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga, pada usia 31 tahun.

Sudah tiba masa Nauraj kembali berlatih di Malaysia
Iyaru secara peribadi berpendapat Nauraj telah membuktikan beliau lebih menyinar sekiranya menjalani program di bawah MSN.

Nauraj Singh - Atlet pertama tersingkir pada pusingan akhir
Nauraj gagal melepasi ketinggian kedua 2.10m dalam ketiga-tiga percubaan di Stadium Alexander yang penuh sesak.

Nauraj layak ke Kejohanan Dunia
Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa berpeluang mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih tiket ke Kejohanan Olahraga Dunia 2022 di Oregon, Amerika Syarikat dari 15-24 Julai ini.

Sukan SEA Hanoi: Penguasaan Malaysia dalam lompat tinggi berakhir
Penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA sejak 2005, berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa sekadar meraih pingat perak di Stadium Nasional My Dinh National Stadium di sini.

Rekod baharu kebangsaan dalam dewan Nauraj belum rasmi - Mohd Manshahar
Namun, dari segi teknikal catatan tersebut telah melepasi rekod kebangsaan lompat tinggi dalam dewan sebelum ini.

Nauraj Singh melabur duit poket RM50,000 demi kejayaan di Eropah
Terpaksa mengikat perut, tetapi ia tidak menghalang Nauraj meraih gelaran di Hungary dan Republik Czech sejak dua minggu lalu.

Lompat tinggi: Nauraj cemerlang di Hungary
Nauraj mengenepikan Vasilious Konstantinou dari Cyprus di tempat kedua dengan catatan 2.23m diikuti Sylwester Bednarek dari Poland di tempat ketiga dengan 2.20m.

Sukan SEA 2019 mungkin jadi penampilan terakhir Hup Wei
Hup Wei yang mempunyai catatan peribadi terbaik, 2.27 meter, pernah meraih pingat emas pada tiga edisi terdahulu -- 2007 di Thailand, 2009 di Laos dan 2011 di Indonesia.

Nauraj pecah rekod baharu kebangsaan
Nauraj Singh Randhawa telah berjaya mencatatkan rekod baru dalam acara lompat tinggi dengan catatan baharu 2.19 meter