Selepas heboh mengenai kepulangan mengejut Nazmi Faiz Mansor ke tanah air, pemain itu tampil membuat penjelasan bagi menjawab persoalan yang bermain kalangan peminat sukan tempatan.
Namun pada sidang media yang diadakan di Kelab PKNS, punca sebenar kepulangannya belum terjawab.
Mengakui membuat keputusan mengejut menyertai pasukan berstatus kelab, PKNS Selangor, Nazmi nyata gembira dengan tindakannya itu."Ini juga bagus untuk masa depan saya dan tiada apa pun yang boleh dicakapkan mengenai saya dengan Biera Mar. Insyallah saya akan buat yang terbaik di PKNS".
Nazmi pada majlis yang sama turut mendedahkan statusnya kini bersama SC Biera-Mar."Saya dah bebas dari Biera-Mar. Saya takkan kembali ke sana. Yang ada yang mengatakan 6 bulan saya dilepaskan itu adalah tidak benar. Sekarang saya dah ikat kontrak bersama PKNS".
Ujar Nazmi,keputusan menamatkan kontrak selepas 6 bulan bersama Biera-Mar dibuat atas kerelaannya sendiri. Malah pemain berusia 19 tahun ini berharap dengan penjelasan itu, sebarang spekulasi mengenai statusnya tidak lagi diperbesarkan.
Terdahulu, pemain kelahiran Keramat ini mengejutkan arena bola sepak tempatan apabila membuat keputusan untuk bersama PKNS selepas enam bulan berkelana di Eropah.
Sementara itu, ejen yang bertanggungjawab membawa Nazmi ke Portugal, Marco Guimares turut tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai punca pemain itu pulang ke Malaysia.
Malah dia menyifatkan laporan mengenai tunggakan gaji yang sepatut diterima Nazmi semasa di Biera-Mar hanyalah khabar angin. " Ia adalah khabar angin. Ada yang betul dan ada yang tidak. Kita tidak mahu bercakap mengenai gaji dan Biera-Mar".
Sebelum ini tersebar cerita bahawa Nazmi tidak mendapat gaji sepatutnya dan terpaksa menerima bantuan kewangan daripada keluarganya.
Juga Baca:
Keputusan Nazmi satu langkah ke belakang
Kepulangan Nazmi sangat merugikan
FAM mahu Nazmi menjelaskan keputusan
Nazmi Faiz kini milik PKNS Selangor
Kim Swee terkejut dengan kepulangan Nazmi
Akmal: Ketepikan soal peribadi, Nazmi
Beira Mar lepaskan Nazmi
Astro Awani
Sat Feb 02 2013


MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE, dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Krisis kewangan punca Nazmi Faiz pulang ke Malaysia?
Meskipun PKNS Selangor sudah mengesahkan kemasukan Nazmi bersama kelab itu, persoalan utama,iaitu mengapa dia mahu menamatkan kontrak dengan S-C Beira Mar, tidak dijawab.

Nazmi Faiz mengaku sukarela tamatkan kontrak dengan kelab Portugal
Selepas heboh mengenai kepulangan mengejut Nazmi Faiz Mansor ke tanah air, pemain itu tampil membuat penjelasan bagi menjawab persoalan yang bermain kalangan peminat sukan tempatan.