Pemain tengah berbakat besar dari pasukan Selangor, Muhammad Nazmi Faiz Mansor perlu bijak mengawal emosi ketika berada di atas padang bagi mengelakkan dirinya ditimpa masalah seperti mendapat kad merah.
Ketua Jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan berkata pemain berusia 21 tahun itu perlu tahu kegagalan beliau mengawal emosi akan memberi tekanan kepada pasukan.
"Bagi saya Nazmi perlu bijak kawal diri dan tidak buat pasukan tertekan, dia perlu tahu kad merah membebankan pasukan, amat penting dia tahu dan saya minta ini kali terakhir (dapat kad merah), beliau perlu lebih disiplinkan diri dalam padang," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau ditemui selepas perlawanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menentang Selangor di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini yang berkesudahan seri 0-0.
Muhammad Nazmi Faiz dilayangkan kad merah pada minit ke-70 kerana mengasari pemain import PDRM Andre Francisco Williams.
Kad merah dan insiden gagal mengawal emosi bukan asing buat Muhammad Nazmi Faiz kerana beliau pernah digantung enam perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas meludah pemain Kelantan Edwin Carillo pada perlawanan Liga Super Ogos tahun lepas dan dilayangkan kad merah pada perlawanan itu.
Beliau juga pernah digantung enam perlawanan oleh Jawatankuasa Disiplin AFC kerana meludah pemain Timor-Leste Filipe Oliveira ketika mewakili skuad bawah 23 tahun negara di Sukan SEA Jun tahun lepas yang menyebabkan beliau dilayangkan kad merah dalam insiden itu.
Mengulas mengenai perlawanan malam tadi, Zainal Abidin berkata Selangor melepaskan mata berharga kerana mampu menguasai permainan dan memperoleh banyak peluang sebelum Muhammad Nazmi Faiz dibuang padang.
"Apabila bermain 10 orang kita terpaksa bertahan, alhamdullilah kita dapat mengekang pemain PDRM, seri ketika bermain 10 orang bagi saya keputusan adil tetapi bagi saya ketika bermain 11 orang kita gagal menyempurnakan peluang.
"Saya hampa sedikit, peningkatan saya lihat daripada pertahanan kita tidak bolos dalam dua perlawanan tetapi bila kita tidak jaringkan gol kita tidak menang," katanya.
Bernama
Sun Apr 24 2016

Nazmi Faiz (gambar) perlu bijak mengawal emosi ketika berada di atas padang, kata Ketua Jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kaunseling bantu ibu miliki tiga anak autistik kawal emosi
Kehidupan itu dijalani oleh guru tadika Dalilah Diyana Sazali yang mempunyai tiga anak autistik berusia lima hingga 11 tahun.

Kepimpinan wanita dalam industri siber boleh dipertingkat melalui integrasi emosi
Anita berkata, sebagai peneraju dalam bidang yang didominasi lelaki, kaum hawa harus menggunakan emosi mereka secara positif.

Pasca banjir: Kanak-kanak perlu sokongan emosi, psikologi - Pakar
Sokongan psikologi dan emosi terhadap golongan ini amat diperlukan terutama ketika fasa pasca banjir.

Kita banyak berhutang dengan anak-anak. Lakukan perubahan sebelum terlambat
Anak-anak yang setiap hari menjadi korban daripada betapa buruknya cara kita mengendalikan emosi.

Kerap peluk anak jika mahukan dia sihat, kuat dan bijak
Kita harus usaha untuk peluk anak sekurangnya 20 saat sehari. Itulah paling kurang jika kita mahu anak sihat, kuat dan bijak.

Wanita perlu positif hadapi fasa menopaus
Golongan wanita yang mengalami peralihan menopaus akan melalui perubahan fizikal, mental, emosi dan kesihatan.

Ambil iktibar daripada Selesema Sepanyol, jangan abaikan aspek emosi anak - Dr Zulkifli
Kesan buruk terhadap generasi yang membesar ketika pandemik 1918 itu harus dipelajari supaya tidak berulang dan menimpa anak-anak kita.

Program Lambaian Rindu Baitullah fokus emosi, mental bakal jemaah haji - Zulkifli
Selepas dua tahun turut-turut Arab Saudi menutup sempadannya kepada kemasukan dari luar berikutan penularan pandemik COVID-19.

Hari Kebahagiaan Antarabangsa 2021: Bagaimana kita boleh bantu antara satu sama lain?
Selain daripada kembimbangan dijangkiti wabak berkenaan, ada juga yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.

Masa terbaik calon SPM, SVM bertenang uruskan emosi
Tempoh ini dapat membugarkan semula semangat pelajar agar lebih bermotivasi menghadapi detik peperiksaan tidak berapa lama lagi.