PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi memiliki potensi cerah untuk meraih tiket Divisyen Satu Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) Amerika Syarikat (AS).
Bekas jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berkata, ia berdasarkan pencapaian membanggakan Azeem apabila melakar catatan 10.25 saat (s) untuk meraih tempat ketujuh acara 100 meter (m) Kejohanan SEC Outdoors 2023 di Louisiana pada Ahad.
Beliau berkata, bagi melayakkan diri ke pentas lebih berprestij NCAA, Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100m perlu berada dalam kedudukan 14 teratas pada kejohanan regional NCAA.
“Saya optimis Azeem akan layak dan berada dalam kelompok 14 terbaik semasa kejohanan regional NCAA. Ada satu lagi kejohanan regional NCAA di Florida minggu depan.
“Kejohanan itu akan menjadi pentas terbaik buat Azeem untuk melayakkan dirinya ke NCAA. Kejohanan SEC dan regional adalah platform kelayakan untuk bertanding di NCAA sebenar,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.
Divisyen satu dikhaskan bagi kelompok atlet terbaik dengan atlet profesional terbanyak hadir dalam kategori itu, manakala divisyen dua mempunyai beberapa atlet yang baik dan segelintir yang boleh bersaing dengan divisyen satu peringkat rendah.
Pada Kejohanan SEC Outdoors 2023 di Louisiana, Azeem mencatat masa 10.11s ketika menamatkan peringkat saringan di tempat kedua di belakang rakan sepasukannya dari Universiti Auburn, Favour Ashe.
Ia adalah catatan tahunan terbaik Azeem pada tahun ini dan semakin hampir untuk menyamai rekod 100m kebangsaan iaitu 10.09s yang dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia tahun lalu.
Mengulas lanjut, Amir juga yakin pelari kelahiran Perak berusia 19 tahun itu akan melalui proses persediaan yang rapi sebelum menyertai sesuatu kejohanan di bumi AS.
“Saya percaya proses latihan yang dilalui di Universiti Auburn menjadikan Azeem lebih matang dan bersedia menghadapi cabaran.
“Saya juga optimis jurulatih, Ken Harnden telah membuat perancangan yang rapi sebagai persediaan buat Azeem untuk layak ke NCAA,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 16 2023
![NCAA mula gamit Azeem NCAA mula gamit Azeem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684200877_AzeemFahmi.jpg)
Azeem merekodkan catatan masa terbaik 10.11s pada peringkat saringan Kejohanan SEC Outdoors 2023 di Louisiana, Ahad lalu. - Foto Sinar Harian
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906276_mindef.jpg)
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
![Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906709_SheikhHasina.jpg)
Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.
![Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738904001_TBMahkamah.jpg)
Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Februari sebagai keputusan permohonan penangguhan hukuman penjara 10 tahun ke atas Rosmaini yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah.
![Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738903611_TBMahkamah.jpg)
Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
![Olimpik Paris 2024: Kepada rakyat Malaysia, saya mohon maaf - Azeem Fahmi Olimpik Paris 2024: Kepada rakyat Malaysia, saya mohon maaf - Azeem Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722684856_TBAzeem.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kepada rakyat Malaysia, saya mohon maaf - Azeem Fahmi
Azeem Fahmi, meluahkan rasa kesal selepas menamatkan cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menduduki tangga tercorot.
![Olimpik Paris: Azeem Fahmi tamatkan saringan di tempat kedua, layak ke pusingan pertama Olimpik Paris: Azeem Fahmi tamatkan saringan di tempat kedua, layak ke pusingan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722677243_TBParis.jpg)
Olimpik Paris: Azeem Fahmi tamatkan saringan di tempat kedua, layak ke pusingan pertama
Raja Pecut negara, Azeem Fahmi, layak ke pusingan pertama acara 100 meter Sukan Olimpik Paris 2024.
![Imej lebih segar iringi pecutan Muhammad Azeem di Paris 2024 Imej lebih segar iringi pecutan Muhammad Azeem di Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722227830_MuhammadAzeemFahmi.jpg)
Imej lebih segar iringi pecutan Muhammad Azeem di Paris 2024
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi kini tampil dengan imej yang lebih segar bersempena penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik bagi edisi 2024 di Paris.
![Paris 2024 bukan larian terakhir di pentas Olimpik - Azeem Paris 2024 bukan larian terakhir di pentas Olimpik - Azeem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721864826_AzeemFahmipelari.jpg)
Paris 2024 bukan larian terakhir di pentas Olimpik - Azeem
Pemegang rekod kebangsaan yang akan beraksi di Paris atas tiket wildcard ini tekad untuk layak secara merit pada edisi Los Angeles 2028.
![Azeem Fahmi optimis buru kelayakan merit ke Sukan Olimpik 2028 Azeem Fahmi optimis buru kelayakan merit ke Sukan Olimpik 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720428889_AzeemFahmi.jpg)
Azeem Fahmi optimis buru kelayakan merit ke Sukan Olimpik 2028
Atlet pecut sensasi negara, Azeem Fahmi tanam tekad untuk memburu kelayakan secara merit di temasya berprestij Olimpik Los Angeles 2028.
![Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720005199_AzeemFahmi.jpg)
Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.
![Olimpik Paris 2024: KOM pening, tangguh keputusan ke Selasa depan Olimpik Paris 2024: KOM pening, tangguh keputusan ke Selasa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719486098_ShahidanKassim.jpg)
Olimpik Paris 2024: KOM pening, tangguh keputusan ke Selasa depan
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengumumkan keputusan tersebut pada minggu depan.
![Azeem buru keputusan terbaik tanpa tekanan di Kuantan Azeem buru keputusan terbaik tanpa tekanan di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718324409_AzeemFahmi.jpg)
Azeem buru keputusan terbaik tanpa tekanan di Kuantan
Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu sebaliknya berkata, dia hanya perlu fokus, tenang dan bebas sebarang tekanan untuk mencari keputusan terbaik.
![Saya belum berputus asa - Azeem Saya belum berputus asa - Azeem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716515371_MuhammadAzeem.jpg)
Saya belum berputus asa - Azeem
Ia menyaksikan Azeem berada dalam kedudukan keenam pada saringan keenam mengakhiri cabaran di tempat ke-32 dalam kalangan 42 peserta.
![Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696116693_MuhammadAzeem.jpg)
Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.