NEYMAR mungkin menamatkan kemenangan 2-0 Brazil ke atas Costa Rica dengan tangisan tetapi rakan sepasukannya, Gabriel Jesus, berpendapat pemain itu memberikan kegembiraan kepada dunia.
Calon juara Piala Dunia 2018 itu berdepan kemungkinan meraih keputusan seri kedua berturut-turut dalam saingan Kumpulan E, sebelum gerakan Jesus memecah kebuntuan pada minit ke-91 sambil Neymar mengesahkan kemenangan selepas menyempurnakan hantaran Douglas Costa.
Dalam aksi itu, Neymar mempamerkan aksi bergaya apabila melakukan gerakan 'rainbow flick' melepasi kepala pemain Costa Rica, Yeltsin Tejeda, sebelum dilihat menangis kegembiraan selepas wisel penamat dibunyikan.
BACA: Tidak semua orang tahu apa yang saya lalui - Neymar
BACA: Neymar gagal 'perdaya' VAR, Coutinho tampil cetus kemenangan pertama Brazil
Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu menjelaskan melalui laman Instagram miliknya bahawa tangisan itu terjadi selepas dirinya mengharungi keperitan untuk pulih daripada kecederaan patah tulang yang dialami pada Februari lalu dan Jesus percaya bahawa rakan sepasukannya itu adalah pemain yang berharga.
"Neymar sentiasa bagus dan gembira," kata Jesus.
"Dia menghadirkan kegembiraan buat kami dalam pasukan serta seluruh penduduk Brazil, bukan hanya kerana bola sepak tetapi melalui perwatakannya.
"Kami harus menghargai idola kami dan percaya kepada mereka sehingga ke minit yang terakhir."
Dalam masa sama, Jesus juga berpendapat posisi penggempur utama pasukan Brazil yang disandang bukan satu jaminan, terutama setelah kehadiran Roberto Firmino sewaktu berdepan Costa Rica memberika impak buat Selecao.
"Sesuatu yang normal apabila peluang buat dua orang pemain beraksi dalam skuad kebangsaan dibandingkan.
"Ia adalah keputusan ketua jurulatih, Tite, untuk membuat keputusan siapa yang layak bermain. Peluang kami seimbang.
"Saya berharap agar tidak kira sama ada Firmino atau saya yang beraksi, kami akan dapat beraksi dengan baik."
Astro Arena
Sat Jun 23 2018

Neymar mempamerkan aksi bergaya apabila melakukan gerakan 'rainbow flick' melepasi kepala pemain Costa Rica, Yeltsin Tejeda.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

England pulang dengan tangan kosong
Jaringan Thomas Meunier dan Eden Hazard memastikan Belgium menang 2-0 ke atas England untuk mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia FIFA Rusia 2018.

Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA
Di sebalik menguasai permainan, Croatia hanya menemui rentak serangan pada babak kedua dan mendapat gol penyamaan pada minit ke-68.

Perancis ke final Piala Dunia Rusia 2018
Perlawanan di Saint Petersburg itu menyaksikan Belgium menguasai 30 minit pertama permainan dengan Perancis mempunyai hanya satu cubaan ke arah gol lawan.

Masa sudah tiba untuk skuad generasi emas Belgium menyinar di Piala Dunia
Peluang terbaik skuad generasi emas untuk memenangi Piala Dunia tahun ini namun skuad bintang Perancis menjadi penghalang utama.

Rusia tersingkir dari Piala Dunia, tewas sepakan penalti
Tuan rumah Piala Dunia, Rusia tersingkir dari kejohanan selepas tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti disebalik semangat juang yang tinggi.

Piala Dunia: Belgium singkirkan Brazil untuk mara ke separuh akhir
Belgium mempamerkan persembahan yang meyakinkan untuk menewaskan juara lima kali, Brazil 2-1 sekali gus mara ke separuh akhir.

Piala Dunia: Perancis mara ke separuh akhir
Kesilapan penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera memberi kelebihan kepada Perancis untuk menang 2-0 untuk mara ke separuh akhir.

Piala Dunia: England menang penalti untuk mara ke suku akhir
England menamatkan badi kalah dalam penentuan penalti selepas menewaskan Colombia 4-3 menerusi tendangan penalti.

Cavani mungkin diturunkan menentang Perancis
Kecederaan yang dialami Cavani tidak serius dan kemungkinan besar diturunkan menentang Perancis Jumaat ini.

Belgium sekarang tidak sama seperti dahulu
Belgium belum pernah menewaskan Brazil, namun itu cerita lama kerana the Red Devils lebih berbahaya dalam serangan kali ini berbanding dahulu.