BEKAS pemain Paris Saint Germain (PSG), Neymar Jr, sah meinggalkan gergasi Liga Pro Saudi, Al-Hilal, melalui persetujuan bersama selepas hampir dua musim berkelana di rantau Timur Tengah itu. 

Bekas pemain Barcelona itu juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.

Neymar bergelut untuk mendapatkan semula prestasi terbaik tatkala dibelenggu kecederaan serius sepanjang musim sehingga sukar mendapatkan minit permainan yang konsisten.


Menurut laporan wartawan bola sepak terkemuka dunia, Fabrizio Romano, pemain kebangsaan Brazil itu akan kembali semula ke pangkuan kelab pertamanya, Santos, yang menjadi titik permulaan kepada bergelar seorang pemain bola sepak profesional dunia. - StadiumAstro