HANOI: Pasukan bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan perlu menjadikan kegagalan edisi lepas sebagai pengajaran dalam usaha mencipta kejayaan membanggakan pada temasya Sukan SEA ke-31 bermula 12 hingga 23 Mei, di sini.
Pemain tengah, Nik Akif Syahiran Nik Mat yang merupakan sebahagian daripada skuad beraksi pada edisi 2019 di Filipina berkata bagi mengelakkan 'mimpi ngeri' tersingkir awal berulang, Malaysia tidak boleh sesekali memandang rendah kemampuan pihak lawan.
"Bagi saya kita tidak boleh ambil mudah cabaran mana-mana pihak lawan walaupun pasukan yang kita lawan itu tidak berapa bagus (pasukan kerdil), saya harap semua pemain berfikiran yang sama dan berikan yang terbaik," katanya kepada Bernama, hari ini.
Berkongsi pandangan yang sama adalah seorang lagi pemain tengah, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan yang menuntut rakan sepasukan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang saingan berlangsung.
"Kali ini kami kena ambil serius setiap perlawanan dan memberikan fokus yang lebih daripada sebelum ini, selebihnya kita semua perlu buat sehabis baik," katanya yang turut berada dalam skuad edisi 2019.
Pada edisi 2019 di Filipina, Malaysia menamatkan saingan kumpulan pada kedudukan kedua tercorot sekali gus gagal mara ke peringkat kalah mati selepas cemerlang memenangi pingat perak pada 2017 di Kuala Lumpur.
Bagi edisi di Hanoi, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan memulakan saingan acara bola sepak dengan menentang juara terbanyak Sukan SEA, Thailand di Stadium Thien Truong di Nam Dinh, Sabtu ini.
"Pasukan Thailand bukan lawan yang mudah, insya-Allah kami akan gunakan semua pengalaman yang ada untuk berdepan mereka," kata Nik Akif.
Skuad kendalian ketua jurulatih Brad Maloney kemudian akan bertemu Laos pada 11 Mei, Singapura (14 Mei) dan Kemboja pada 16 Mei bagi memburu dua slot teratas kumpulan untuk layak ke peringkat separuh akhir.
Semua baki perlawanan Kumpulan B juga akan berlangsung di Stadium Thien Truong.
Sebelum ini, Maloney memaklumkan tiada sasaran spesifik diletakkan pada pasukannya di Hanoi, namun memberi jaminan akan membentuk skuad terbaik yang berupaya memberi tentangan sengit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022

Nik Akif berkata, Malaysia tidak boleh sesekali memandang rendah kemampuan pihak lawan. - Bernama

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.