Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan diri bertanding sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), yang disifatkannya dibuat kerana minat mendalam terhadap sukan bola sepak.
Nik Nazmi berkata beliau berazam mengetengahkan potensi yang dimiliki pasukan bola sepak itu yang pernah melakar pelbagai kejayaan termasuk menjuarai Piala Malaysia buat tiga musim berturut-turut iaitu pada 1986 hingga 1988.
"Penawaran saya ini seharusnya dinilai sebagai orang yang mempunyai idea untuk pembangunan bola sepak kerana saya telah lama mengikuti perkembangan sukan ini. Saya nak terjemahkan idea-idea saya di KLFA. Saya mahu buat beberapa projek," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Diminta mengulas mengenai teguran Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam terhadap Anggota Parlimen termasuk daripada pihak kerajaan agar tidak lagi menerima lantikan bagi menerajui persatuan sukan di negara ini, Nik Nazmi berkata beliau perlu dinilai menerusi apa yang boleh disumbangkannya.
"Kebetulan pula saya adalah ahli politik. Kalau saya buat kerja lain, saya akan tetap minat sukan bola sepak.
"Saya perlu dinilai dari apa yang saya boleh sumbang kepada persatuan seperti dari segi pemasaran organisasi dan kebolehan, bukan atas dasar sebagai ahli politik," katanya.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon sebelum ini dilaporkan turut menawarkan diri bertanding jawatan itu pada pemilihan persatuan tersebut pada 18 Nov ini.
Bernama
Thu Nov 01 2018
Nik Nazmi berazam mengetengahkan potensi yang dimiliki pasukan bola sepak itu yang pernah melakar pelbagai kejayaan termasuk menjuarai Piala Malaysia buat tiga musim berturut-turut iaitu pada 1986 hingga 1988. - Gambar fail
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
NRES siasat dakwaan tanah pusaka dijual pihak tidak dikenali - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan siasat dakwaan sebuah keluarga kerugian RM500,000 apabila tanah pusaka diwarisi mereka dijual pihak tidak dikenali.
MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025
Hala tuju harga minyak sawit pada 2025 akan banyak bergantung kepada dinamik bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia, bersama-sama dengan peralihan dasar di Amerika Syarikat dan Indonesia.
MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut akan digunakan bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat.
Piala FA: Manchester City belasah Salford City
Perlawanan berlangsung di Stadium Etihad menyaksikan penguasaan anak buah Pep Guardiola ke atas pasukan pelawat bimbingan Karl Robinson.
Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau Malaya - Tunku Ismail
Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar diperkuatkan dengan beberapa muka baharu ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini.
Selepas Syahmi Safari, giliran Feroz Baharudin akhiri musim 2024/25 lebih awal bersama JDT
Feroz mengalami kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), sekali gus mengakibatkan dirinya harus melupakan kancah bola sepak seketika.
Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.
JDT jalin kerjasama dengan PSG perluas pembangunan bola sepak
Kelab bola sepak Johor Darul Tazim (JDT) mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama bersama gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).
EPL: Manchester United seperti 'tidak dihormati' - Kapten Liverpool
Gol penyamaan Amad Diallo menafikan tiga mata yang hampir diraih The Reds selepas Salah jaringkan gol untuk mendahului pada minit ke-70.
Perlawanan Liverpool - Manchester United diteruskan
Perlawanan di gelanggang sendiri Liverpool menentang Manchester United pada Ahad akan berlangsung seperti yang dijadualkan, lapor PA Media/dpa.
Megat D Shahriman minat terajui FAM
Megat D Shahriman Zaharudin, menyatakan minat untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2025-2029 yang dijadualkan pada 15 Feb depan.
Bekas pemain Kanada, Rob Friend dilantik selaku CEO pertama Harimau Malaya
Rob Friend telah melakukan 32 penampilan antarabangsa bermula dari 2003 ketika berusia 22 tahun sehingga 2011 ketika beliau berusia 30 tahun.