KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022 yang dijadual berlangsung Selasa ini.
Naib Presiden SAM Hazreen Mubarak berkata Mohamad Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menunjukkan ketegasan yang jelas terhadap isu berkaitan pentadbiran dan pengurusan badan sukan kebangsaan.
"Bakat kepimpinan dimiliki beliau tidak dapat disangkal lagi. Kami berharap dengan anugerah ini, akan memberikan motivasi kepada Tan Sri Mohamad Norza untuk terus berusaha memartabatkan badan sukan di negara ini," katanya dalam kenyataan SAM hari ini.
Mohamad Norza menggalas jawatan Presiden BAM bermula 2017 menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang berundur atas faktor kesihatan.
Sepanjang memimpin badan induk itu, Malaysia meraih pelbagai kejayaan bermakna di pentas antarabangsa antaranya pencapaian bersejarah beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menjadi wakil negara pertama menjuarai Kejohanan Dunia pada tahun lepas.
Pada masa sama, inisiatif beliau memperkenalkan indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta penilaian berdasarkan merit ke atas pemain senior menyaksikan kemunculan bakat muda seperti pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, Aaron-Wooi Yik dan pasangan beregu wanita Pearly Tan-M.Thinaah.
Ketika menerajui MOM pula, Mohamad Norza memperkenalkan pelbagai inisiatif antaranya kriteria pemilihan yang telus untuk atlet ke temasya sukan dan penjanaan semula Suruhanjaya Atlet (AC) MOM termasuk pemberian geran dan penyertaan wakil AC dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM.
Kepimpinan Mohamad Norza tidak terhad di peringkat kebangsaan apabila turut diangkat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sukan Untuk Semua Majlis Olimpik Asia (OCA) selain dipilih sebagai Presiden Kehormat Badminton Asia (BAC).
Selain mengiktiraf atlet yang cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun lepas, turut akan dirai pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022 ialah wartawan sukan, yang berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM50,000.
Anugerah dibahagi kepada enam kategori iaitu Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.
Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori Kewartawanan Sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel dengan hadiah wang tunai RM7,000 berserta trofi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022 yang dijadual berlangsung Selasa ini. - Foto Facebook SAM

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Norza dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2022
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan.