KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyeru peminat sukan tanah air agar tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada edisi 2024 di Paris.
Susulan pengumuman 'berani' beberapa atlet mengenai sasaran emas mereka pada temasya itu yang bakal berlangsung 25 Julai-11 Ogos ini, Mohamad Norza berkata beliau yakin mereka mempunyai 'rencah' yang diperlukan untuk membawa pulang pingat tersebut.
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang memenangi gangsa di Rio 2016 dan perak pada edisi Tokyo 2020, serta atlet badminton negara, juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan bekas juara All-England Lee Zii Jia, baru-baru ini mengumumkan sasaran pingat emas bagi temasya sukan terbesar dunia itu.
Mohamad Norza menyatakan sokongan penuh kepada mereka.
"Saya puas hati dengan persediaan...saya rasa momentum itu nampak, cuma jangan kita ada keraguan terhadap keupayaan atlet kita. Walaupun kontinjen kita lebih kecil, kita ada badminton, berbasikal trek dan sukan-sukan lain yang boleh menamatkan penantian kita untuk pingat emas.
"Apabila atlet sendiri mengumumkannya, kita boleh lihat semangat persaingan, yang sangat sihat. Kami sebagai pentadbir akan memberi sokongan penuh kepada mereka," kata Mohd Norza yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam sidang media selepas menandatangani perjanjian kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
Malaysia masih menunggu pingat emas Olimpik sejak membuat penampilan pertama pada Melbourne 1956 dan pencapaian terbaik ialah ketika Rio 2016 dengan empat perak dan sebutir gangsa.
Setakat ini, 18 atlet daripada tujuh sukan telah melayakkan ke Paris.
Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata kerjasama tiga tahun bersama IJN bernilai RM149,900 setahun itu meliputi saringan perubatan untuk 10 pemain kebangsaan dan 60 pemain remaja di bawah BAM, selain perlindungan perubatan.
Menerusi kerjasama itu yang bermula hari ini, beliau berkata IJN akan dilantik sebagai rakan perubatan untuk tiga kejohanan antarabangsa iaitu Terbuka Malaysia, Masters Malaysia dan Malaysia Super 100.
Masters Malaysia, yang akan bermula esok hingga Ahad di Arena Axiata, merupakan kejohanan pertama yang bakal menerima kepakaran IJN.
Mohamad Norza menandatangani perjanjian itu bagi pihak BAM manakala IJN diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Mohd Norza dalam sidang media selepas menandatangani perjanjian kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.

'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.

Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.

Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.