Pemain kelahiran Maghribi itu turut mengadakan sesi bersalaman, autograf, bergambar serta wawancara bersama penyokong kelab itu mengenai bola sepak dan keagamaan.
Ia adalah sempena Ramadan yang merupakan bulan berpuasa buat umat Islam di seluruh dunia yang disambut bermula semalam hingga 30 Mac ini.
"Jangan sesekali hilang kepercayaan dalam doa anda, melihat ibu-bapa anda begitu gembira adalah sesuatu yang membuatkan anda lebih bangga.
"Jika anda melakukan sesuatu yang baik dan melihat kegembiraan keluarga anda, itu adalah sesuatu yang akan memberikan hari anda perasaan yang sangat menyenangkan." katanya menerusi laman rasmi kelab itu. - Stadium Astro
