PHNOM PENH: Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad tidak berasa gusar dengan pengendalian acara karate termasuk isu berat sebelah pada Sukan SEA 2023, di sini.
Katanya beliau percaya sebarang unsur kontroversi yang sering berlaku dalam sukan tempur sebelum ini tidak akan berlaku pada temasya sukan dwitahunan di Kemboja memandangkan pengerusi teknikal acara yang berlangsung di Chroy Changvar Convention Centre itu adalah dari Malaysia.
"Insya-Allah keadaan sedemikian (isu berat sebelah) tidak akan berlaku lagi memandangkan acara kali ini turut dilengkapi bantuan video.
"Dari segi persiapan penganjur pula saya difahamkan terdapat masalah dari segi tempat duduk penonton, hanya 150 penonton sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan," katanya kepada pemberita, di sini.
Sementara itu Nur Azmi berkata tiga juara bertahan bagi acara masing-masing wajib membawa pulang emas disasarkan untuk kontinjen Malaysia kali ini.
Katanya mereka adalah pemenang emas acara kumite wanita bawah 50 kilogram (kg) C. Shahmalarani, diikuti Sankar Sureeya Sankar Hari (kumite lelaki bawah 67kg) dan juara tiga kali berturut-turut kumite lelaki bawah 75kg, R. Sharmendran.
"Ada tiga lagi sasaran, tapi fokus tiga pingat emas ini terdahulu, dan pingat lain pula adalah bonus," katanya.
Nur Azmi yang pernah menjadi Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2021 tidak menafikan tekanan sememangnya wujud terhadap rakannya, Datuk Mohd Nasir Ali yang kini mengetuai kontinjen negara di sini, seperti apa dirasainya, bagi memastikan Malaysia menepati sasaran pingat ditetapkan di Hanoi.
Justeru beliau berharap agar semua prospek emas negara dapat mempamerkan prestasi membanggakan, sekali gus dapat membakar semangat atlet lain dalam mengharumkan nama negara di Kemboja.
Malaysia menamatkan cabaran di kedudukan keenam dalam carta pungutan pingat keseluruhan dengan meraih 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa pada edisi lepas di Hanoi, Vietnam.
Di Kemboja, Malaysia menyasarkan untuk membawa pulang 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa.
Sukan SEA 2023 yang dibuka secara rasmi hari ini akan berakhir pada 17 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023

Nur Azmi berkata tiga juara bertahan bagi acara masing-masing wajib membawa pulang emas disasarkan untuk kontinjen Malaysia kali ini. - Gambar fail
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Pungutan pingat di Sukan SEA 2023 mungkin kurang - MOM
Kekurangan acara 'lubuk emas' pada Sukan SEA 2023 di Kemboja dilihat akan memberikan kesan kepada jumlah pungutan pingat emas yang mampu dituai kontinjen negara pada temasya sukan berkenaan.