Pelumba Selangor, Nur Qadrina Emylia Norzali meraih pingat emas acara 7.5 kilometer (Km) scratch individu wanita bawah 19 tahun pada siri pertama Kejohanan Berbasikal Trek Remaja CIMB (JCM-CIMB) 2018 di Velodrom Nasional di sini, malam tadi.
Pada perlumbaan melibatkan 30 pusingan disertai tujuh pelumba itu, Nur Qadrina muncul juara setelah menewaskan pelumba Perlis, Nur Fatin Ellana Kamarudin dan rakan sepasukan, Nur Alya Mohd Azli, yang masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.
Bagi acara 5km scratch individu wanita bawah 17 tahun membabitkan 20 pusingan, pingat emas milik Nurul Izzah Izzati Mohd Asri daripada Majlis Sukan Negeri Kedah, selepas berjaya mengalahkan lapan pencabarnya.
Pada saingan itu, pingat perak dimenangi Yeong Zheng Yi dari Wilayah Persekutuan, manakala pelumba Pahang Yong Ann Yii meraih gangsa.
Acara 5km scratch individu wanita bawah 15 tahun pula, menyaksikan pelumba Sekolah Sukan Malaysia Terengganu Nurul Fatihah Mohd Daud memenangi pingat emas setelah menewaskan lapan pelumba lain dalam perlumbaan melibatkan 20 pusingan.
Mewakili Perak, Nyo Chi Hui meraih pingat perak, sementara gangsa milik Ameera Alya Md Zahiruddin daripada Sekolah Sukan Malaysia Terengganu.
Kejohanan berlangsung selama empat hari bermula hari ini, menarik penyertaan 200 pelumba daripada seluruh negara membabitkan tiga kategori umur -- 15, 17 dan 19 tahun.
Antara acara yang dipertandingkan ialah keirin, ujian masa, pecut, Flying 200m, scratch, kejar-mengejar berpasukan dan kejar-mengejar individu. -- Bernama
Bernama
Thu Feb 22 2018
![Nur Qadrina raih emas kejohanan JCM-CIMB Nur Qadrina raih emas kejohanan JCM-CIMB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61519318436_ProgramPembangunan.jpg)
Dengan 12:41 saat, Nur Qadrina mencatat masa terpantas dalam acara 7.5km Scratch wanita akhir bawah 19 pada Kejohanan Trek Siri 1 Program Pembangunan Berbasikal Remaja CIMB di Velodrom Nasional Nilai malam tadi. - BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Nur Qadrina raih emas kejohanan JCM-CIMB Nur Qadrina raih emas kejohanan JCM-CIMB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61519318436_ProgramPembangunan.jpg)
Nur Qadrina raih emas kejohanan JCM-CIMB
Pelumba Selangor, Nur Qadrina Emylia Norzali meraih pingat emas acara 7.5km scratch individu wanita bawah 19 tahun pada siri pertama Kejohanan Berbasikal Trek Remaja CIMB 2018.