KUALA LUMPUR: Atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif akan menjadikan Kejohanan Senior Eropah ILCA 2024 dan Piala Eropah Terbuka di Athens, Greece sebagai medan mengukur prestasinya sebelum ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Atlet berusia 25 tahun itu berharap kejohanan bermula 16 hingga 27 Feb itu membantunya mengenal pasti kelemahan sebelum beraksi di temasya berprestij dunia yang bermula Julai depan.
"Sebab temasya besar terakhir pada Sukan Asia tahun lepas, selepas itu tiada kejohanan besar, saya tak tahu tahap saya bagaimana sekarang, kalau sudah pergi (Eropah) sekurang-kurangnya saya tahu kelemahan saya dan boleh letakkan sasaran peribadi ke Olimpik.
"Sebelum ke Eropah, saya nak tingkat saya punya pengendalian, pelepasan dan kecergasan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Anak kelahiran Johor itu berkata buat masa ini, beliau giat menjalani latihan di Langkawi sejak melaporkan diri pada 1 Jan lepas sebagai persiapan untuk berlayar di Eropah.
Cuaca sejuk di Eropah, katanya, akan menjadi cabaran utama memandangkan beliau sudah lama tidak beraksi dalam keadaan cuaca sedemikian.
Nur Shazrin yang menyumbang pingat emas di Sukan Asia Hangzhou 2022 menerusi acara ILCA6 Wanita mengesahkan tempat secara merit ke Sukan Olimpik 2024.
Dalam pada itu, Nur Shazrin turut menyuarakan kebimbangan apabila tiada perancangan yang jelas untuk program dan persiapan lain ke Paris 2024 oleh Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Beliau berkata, masa semakin suntuk buatnya untuk membuat persiapan memandangkan MSA dan MSN masih belum memberi sebarang maklumat jelas mengenai program latihan dan jurulatih yang akan diberikan kepadanya.
"Saya tak tahu bila boleh mula, ikutkan sudah lambat, Olimpik lagi berapa bulan sahaja lagi, atlet lain sudah mula latihan sejak Olimpik lepas," katanya.
Sukan Olimpik 2024 dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024

Nur Shazrin berkata, buat masa ini, beliau giat menjalani latihan di Langkawi sejak melaporkan diri pada 1 Jan lepas sebagai persiapan untuk berlayar di Eropah. - Gambar fail/Bernama

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Nur Shazrin ukur prestasi di Eropah sebelum ke Olimpik Paris 2024
Nur Shazrin menjadikan Kejohanan Senior Eropah ILCA dan Piala Eropah Terbuka di Athens medan mengukur prestasi sebelum ke Sukan Olimpik.