Penembak negara Nur Suryani Mohamed Taibi menamatkan kemarau pingat apabila membidik perak dalam acara 50m rifle prone di Ongnyeon International Shooting Range di sini hari ini.
Lebih manis kemenangan itu diraih sempena sambutan hari lahirnya yang ke-32 hari ini.
Beliau mengutip 620.6 mata untuk menyamai rekod peribadinya yang dibuat pada 2005.
"Ini kali kedua saya menang pingat pada hari lahir saya. Sebelum ini di Sukan SEA, tapi saya tidak ingat temasya yang ke berapa. Sebenarnya saya tidak sasar sebarang pingat dalam acara ini," katanya.
Kemenangan hari ini juga menebus kekecewaannya semalam dan menghapus kemarau skuad menembak yang gagal membidik sebarang pingat sejak hari pertama kejohanan.
Nur Suryani berkata apa yang menjadi azimat untuk beliau bangkit dari kekecewaan adalah amanat daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika mengunjungi atlet di kem latihan fasa akhir di IOI Palm Garden Resort.
"Lepas kalah semalam, saya memang kecewa. Tapi saya ingat balik pesan menteri supaya kita jangan cepat putus asa. Saya lupakan terus kekecewaan dan cuba buat yang terbaik setiap hari dan inilah hasilnya," katanya.
Pingat emas dimenangi penembak Mongolia, Narantuya Chuluunbadrakh dengan mengumpul 624.1 mata manakala gangsa milik penembak Korea Selatan, Eum Bitna dengan 620.6 mata.
Nur Suryani turut membantu rakan sepasukan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Muslifah Zulkifli untuk meraih gangsa dalam acara berpasukan dengan mengumpul 1,853.6 mata.
Pingat emas dimenangi penembak Korea Selatan dengan 1,855.5 mata diikuti perak oleh China dengan 1,854.1 mata.
Bernama
Wed Sep 24 2014

Beliau mengutip 620.6 mata untuk menyamai rekod peribadinya yang dibuat pada 2005. - Foto Bernama

Hamas akan pulangkan mayat empat tebusan Israel
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon tempatan lebih baik - MIC
Bagaimanapun, katanya, terserah kepada UMNO untuk buat pilihan dan MIC akan bekerja keras menarik sokongan pengundi, khususnya masyarakat India.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkukuh, pastikan kedaulatan negara terjamin
Keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor yang paling penting seperti terkandung dalam dasar negara.

MH66 berpatah balik: MOT tunggu laporan lengkap MAB - Loke
Kementerian Pengangkutan sedang menunggu laporan lengkap daripada Malaysia Airlines Bhd (MAB) berhubung insiden pesawat MH66 berpatah balik.

ERL, AREX lancar gabungan perkhidmatan rel lapangan terbang hubungkan Kuala Lumpur dan Incheon
Menerusi kerjasama itu, penumpang boleh membeli tiket tren ERL dan AREX secara bersama di Klook melalui hanya satu transaksi.

Penumpang kongsi pengalaman terkandas lebih 27 jam di Incheon
Nuruljannah Musatapa adalah antara 315 penumpang yang berdepan kelewatan pulang ke Malaysia akibat masalah teknikal pesawat AirAsia, Ahad lepas.

Lapangan Terbang Hamad Doha rampas gelaran lapangan terbang terbaik dunia daripada Changi Singapura
Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar terpilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada 2021 World Airport Awards.

Korea Selatan sahkan berada dalam gelombang kedua jangkitan COVID-19
Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengesahkan mereka kini berada dalam gelombang kedua wabak COVID-19.

Wanita warga Taiwan dihantar pulang enggan jalani kuarantin di Korea Selatan
Seorang wanita Taiwan diusir dari Korea Selatan selepas enggan tinggal di kemudahan kuarantin.

GM Korea henti sementara pengeluaran akibat kekurangan alat ganti
Kilang utamanya di Bupyeong, Incheon, di barat Seoul, ditutup pada 17 dan 18 Feb kerana kekurangan peralatan termasuk wayar kabel abah-abah.

YouTuber ini dikecam teruk selepas menzalimi anjingnya sendiri
YouTuber yang dikenali sebagai Suh itu telah mengejutkan orang ramai selepas memukul dan melontar anjing peliharaannya.

Malaysia mampu perbaiki pencapaian di Incheon
Selepas mengumpul 13 pingat emas pada hari keenam, Malaysia akan meneruskan misi memburu emas menerusi atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli dan pelari 1,500m, Muhamad Ashraf Hisham.

Peningkatan suhu bumi ancaman kepada penduduk dunia
Baru-baru ini, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengunjurkan peningkatan suhu bumi sehingga 2 darjah celcius.