KUALA LUMPUR: Kejayaan meraih pingat emas pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022, tahun lepas menjadi pemangkin semangat buat Muhammad Nur Syaiful Zulkafli untuk beraksi lebih cemerlang pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Atlet renang para negara itu berkata beliau akan membuat persiapan berintensiti tinggi bermula bulan ini sebagai persediaan mengharungi temasya sukan berprestij berkenaan yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 Sept depan.
Muhammad Nur Syaiful berkata beliau juga dijadual menyertai kem latihan di China selama dua bulan pada Jun sebelum menggalas cabaran Malaysia di Paris.
"Segala persiapan bermula dari sekarang iaitu bulan ini, jadi dari awal tahun sampai detik ke Sukan Paralimpik Paris 2024 adalah tumpuan utama saya untuk kekal fokus bagi aksi seterusnya. (Ketika ini) saya ada 11 sesi latihan seminggu pada pagi dan petang," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Pada masa sama, atlet kelahiran Sarawak berusia 29 tahun itu juga akan menyertai dua kejohanan sebagai aksi pemanas badan serta melihat tahap kemajuan prestasinya.
"Saya akan sertai kejohanan Siri Dunia Renang Para Citi di Itali pada Mac depan, selain berangkat ke Portugal bagi The Madeira 2024 Para Swimming European Open Championships pada April," katanya.
Dalam pada itu, meskipun tidak meletakkan sebarang sasaran pingat di Paris, Muhammad Nur Syaiful berazam melakukan terbaik agar dapat mencapai keputusan yang membanggakan.
"Saya akan cuba yang terbaik... pingat itu tidak pasti tetapi insya-Allah jika ada rezeki saya di sana," katanya yang menduduki tempat kelima pada final acara 50 meter (m) gaya bebas S5 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Pada Sukan Para Asia Hangzhou yang berlangsung Oktober lepas, Muhammad Nur Syaiful memenangi pngat emas 100m kuak dada SB4 dan membawa pulang gangsa acara 100m gaya bebas S5.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024
![Nur Syaiful tekad beri tumpuan penuh hadapi Sukan Paralimpik Paris 2024 Nur Syaiful tekad beri tumpuan penuh hadapi Sukan Paralimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704402636_MuhammadNurSyaiful.jpg)
Muhammad Nur Syaiful ketika memenangi pingat emas pertama negara dalam acara 100 Meter Kuak Dada Lelaki SB4 pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di Hangzhou, 23 Okt 2023. - Foto fail/BERNAMA
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.
![Mohamad Yusof Hafizi ungguli ranking dunia berbasikal trek para Mohamad Yusof Hafizi ungguli ranking dunia berbasikal trek para](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733433529_AtletBasikalParal.jpg)
Mohamad Yusof Hafizi ungguli ranking dunia berbasikal trek para
Ia berdasarkan kiraan mata dilakukan selepas temasya Paralimpik 2024 Paris, baru-baru ini.
![Penganjur gembira capai jumlah jualan tiket yang besar untuk Sukan Olimpik Paris Penganjur gembira capai jumlah jualan tiket yang besar untuk Sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720486447_Olympicprioritylan.jpg)
Penganjur gembira capai jumlah jualan tiket yang besar untuk Sukan Olimpik Paris
Sukan Olimpik Paris menyaksikan satu rekod jualan sebanyak 9.56 juta tiket dan Sukan Paralimpik mencapai jualan tiket sebanyak 2.58 juta.
![Liek Hou mahu bantu bekas atlet kurang bernasib baik Liek Hou mahu bantu bekas atlet kurang bernasib baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726069446_MartinIssing.jpg)
Liek Hou mahu bantu bekas atlet kurang bernasib baik
Liek Hou mempunyai satu lagi perancangan untuk membelanjakan insentif kemenangan RM1 juta daripada SHAKAM yang bakal diterimanya susulan kejayaan meraih pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
![MSN kesal kenyataan melulu Presiden MPM MSN kesal kenyataan melulu Presiden MPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726028598_SukanParalimpik.jpg)
MSN kesal kenyataan melulu Presiden MPM
Beliau berkata atlet negara mesti diberikan sokongan pada setiap masa tanpa menghiraukan keputusan sama ada mereka menang atau kalah.
![Suasana meriah raikan kepulangan wira wirawati Paralimpik Paris 2024 Suasana meriah raikan kepulangan wira wirawati Paralimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726006180_PemenangpingatSuka.jpg)
Suasana meriah raikan kepulangan wira wirawati Paralimpik Paris 2024
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-42 secara keseluruhan apabila meraih dua emas, dua perak dan satu gangsa.
![Sukan Paralimpik 2024 labuh tirai dalam suasana fiesta Paris Sukan Paralimpik 2024 labuh tirai dalam suasana fiesta Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725832486_majlispenutup.jpg)
Sukan Paralimpik 2024 labuh tirai dalam suasana fiesta Paris
Stadium Stade de France yang penuh sesak dengan penonton, atlet dan para kenamaan menjadi tumpuan majlis penutup yang memukau.
![Paralimpik Paris 2024: Angkatan Bonnie harapan emas kedua Malaysia Paralimpik Paris 2024: Angkatan Bonnie harapan emas kedua Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725578578_AtletParaAngkatBe.jpg)
Paralimpik Paris 2024: Angkatan Bonnie harapan emas kedua Malaysia
Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin akan beraksi dalam kategori 72kg lelaki di Porte de La Chapelle Arena hari ini.
![Nur Syaiful tak sabar lepas rindu pada cahaya mata sulung Nur Syaiful tak sabar lepas rindu pada cahaya mata sulung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704402636_MuhammadNurSyaiful.jpg)
Nur Syaiful tak sabar lepas rindu pada cahaya mata sulung
Nur Syaiful memendam rindu kepada cahaya mata sulungnya yang baru berusia tiga bulan.
![Paralimpik Paris 2024: Nur Syaiful perbaiki prestasi, akhiri di tempat ketujuh Paralimpik Paris 2024: Nur Syaiful perbaiki prestasi, akhiri di tempat ketujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725574226_NurSyaifulZulkafli.jpg)
Paralimpik Paris 2024: Nur Syaiful perbaiki prestasi, akhiri di tempat ketujuh
Nur Syaiful menamatkan acara terakhirnya di Paris La Defense Arena dengan catatan masa 34.34 saat (s).
![Paralimpik Paris 2024: S. Suresh tampil beri penjelasan tidak guna teknologi ISN Paralimpik Paris 2024: S. Suresh tampil beri penjelasan tidak guna teknologi ISN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725502515_SSuresh.jpg)
Paralimpik Paris 2024: S. Suresh tampil beri penjelasan tidak guna teknologi ISN
Suresh menjelaskan, ISN sebenarnya menyediakan grip baru tetapi dia memilih untuk tidak menggunakannya.