NILAI: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berharap dapat segera menyesuaikan diri dengan persekitaran perlumbaan yang berbeza-beza menjelang aksinya di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.
Justeru, pelumba berusia 21 tahun itu mahu menimba ilmu dengan Datuk Mohd Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman dan tahu bagaimana 'berdamai' dengan persekitaran perlumbaan.
"Semasa di Jepun saya agak kecewa, saya rasa boleh pergi lebih laju tapi masa saya lebih perlahan berbanding sebelumnya.
"Saya kadang-kadang bergelut untuk membaca trek serta biasakan diri dengan persekitaran baharu. Saya akan berbincang dengan jurulatih Beasley (John) selain menimba ilmu dengan Datuk Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024 di Velodrom Nasional, baru-baru ini.
Atlet kelahiran Kedah itu berkata, kejohanan kebangsaan kali ini merupakan platform untuk beliau memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti ketika kejohanan Piala Trek Jepun baru-baru ini.
"Antara yang saya perlu tambah baik adalah saya tidak boleh kelam-kabut semasa perlumbaan. Ketika di negara orang, saingan banyak dan saya mudah kelam-kabut.
"Saya juga nak perkukuh taktik perlumbaan terutama acara keirin sebab ia penting untuk saya," katanya yang turut diberi julukan The Pocket Rocket Women. - BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Nurul Izzah Izzati berharap dapat segera menyesuaikan diri dengan persekitaran perlumbaan yang berbeza-beza menjelang aksinya di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati terkandas, Azizulhasni mara
Nurul Izzah dilihat sedikit terkepung di dalam kelompok pelumba, sekali gus menyaksikan dia terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Muhammad Ridwan sambar emas peribadi kedua, Nurul Izzah terus cemerlang
Pelumba berusia 21 tahun itu berada dalam kelas tersendiri selepas merekodkan catatan terpantas 1 minit 01.529 saat (s) untuk menewaskan dua pencabarnya.

Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.

Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.

Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.

Muhammad Ridwan, Nurul Izzah tewas dalam saingan masing-masing di Track Nations Cup UCI 2024
Muhammad Ridwan Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri pamer aksi mengecewakan dalam kempen Track Nations Cup UCI 2024 di Milton, Kanada.

Beasley jangka Nurul Izzah mampu 'meledak' sebagai pelumba bertaraf dunia
Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mampu menjadi pelumba bertaraf dunia apabila memasuki usia pertengahan dua puluhan.

Nurul Izzah Izzati raih emas kedua di ACC India
Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meneruskan rentak cemerlangnya pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 dengan meraih pingat emas kedua di New Delhi, India hari ini.

Izzah Izzati tamat kemarau 12 tahun, rangkul emas keirin wanita di India
Pelumba berusia 20 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengatasi Tong Mengqi dari China.

Shah Firdaus, Izzah Izzati layak separuh akhir acara pecut ACC di India
Dua pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mara ke separuh akhir acara pecut ACC 2024.