KUALA LUMPUR: Atlet berbasikal trek wanita kebangsaan dan juara Asia, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menjadikan jaguh negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sebagai idolanya dalam mengejar impian bergelar pelumba terbaik dunia.
Gadis berusia 19 tahun berasal dari Jitra, Kedah itu berkata menjuarai Kejohanan Dunia dan memenangi pingat di Sukan Olimpik adalah pencapaian yang disasarkan dalam kariernya, sama seperti apa yang telah diraih Mohd Azizulhasni setakat ini.
Namun, hasrat beliau untuk menjadi rakan sepasukan kepada idolanya itu yang merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara keirin pada penampilan sulungnya di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, bulan depan tidak kesampaian.
"Di Malaysia, Azizulhasni Awang saya jadikan sebagai idola dan panduan untuk capai sasaran saya. Saya berharap untuk menang kejohanan dunia dan Olimpik. Tetapi kami belum berpeluang bekerjasama sebagai satu pasukan sebab saya baru lagi, jadi masa saya masuk (pasukan) dia dah tiada.
"Saya hanya pernah bersemuka sekali saja dengan dia, tetapi tak bersembang, hanya tegur-tegur," katanya yang merupakan antara pendatang baharu dalam skuad berbasikal trek kebangsaan kepada Bernama, baru-baru ini.
Mohd Azizulhasni yang merupakan juara dunia 2017 menerusi acara keirin dan turut merangkul pingat gangsa acara itu pada Sukan Olimpik Rio 2016, kini dalam fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung terbuka, April lepas sekali gus terpaksa melupakan aksi di Birmingham.
Bagaimanapun, Mohd Azizulhasni tetap akan 'mengiringi' beliau ke Birmingham apabila nasihat daripada 'Pocket Rocketman' itu dalam satu pertemuan sebelum ini sentiasa dipegang Nurul Izzah.
"Ketika itu perjumpaan antara kami pelumba junior dengan dia. Dia pesan berlatih betul-betul, jangan malas dan kena rajin berusaha," katanya yang meraih pingat emas 500 meter (m) ujian masa wanita dengan catatan 35.499 saat (s) di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi, India, bulan lepas.
Pada kejohanan tersebut, beliau turut merangkul gangsa dalam acara keirin sekali gus mencipta sensasi dan dianggap sebagai permata baharu skuad berbasikal trek negara.
Mengenai persediaan menghadapi Sukan Komanwel Birmingham yang dijadual bermula dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini, beliau belum mengetahui acara yang bakal disertai selain daripada pecut berpasukan wanita.
"Sebelum ini saya pernah beraksi dalam empat acara - pecut berpasukan, pecut, keirin dan 500m ujian masa tetapi untuk Sukan Komanwel belum pasti. Acara kegemaran saya adalah 500m ujian masa," kata Nurul Izzah yang menjangka saingan sengit daripada pelumba Great Britain dan Australia di Birmingham.
Pada temasya sukan itu, sekiranya diberi kepercayaan dalam acara 500m ujian masa, Nurul Izzah menyasarkan untuk meleburkan rekod kebangsaan 34.542s milik bekas ratu berbasikal trek negara Fatehah Mustapa selepas beliau pernah mencatat 34.668s pada Kejohanan Trek Kebangsaan, Disember tahun lepas.
Skuad berbasikal trek kebangsaan ke Birmingham yang menyasarkan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya sebutir pingat, terdiri daripada tiga atlet lelaki dan wanita dengan kedua-duanya merupakan kombinasi antara pelumba berpengalaman dan baharu.
Tiga pelumba lelaki adalah Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Sahrom sementara pelumba wanita adalah Anis Amira Rosidi, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Nurul Izzah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri semasa menjalani latihan (motor pacing) sebagai persiapan bagi mewakili negara pada Sukan Komanwel 2022 yang dijadualkan berlangsung di Birmingham dari 28 Julai hingga 8 Ogos depan. - Foto BERNAMA

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Nurul Izzah mahu jadi sehebat Mohd Azizulhasni
Gadis berusia 19 tahun itu berkata menjuarai Kejohanan Dunia dan memenangi pingat di Sukan Olimpik adalah pencapaian yang disasarkan dalam kariernya.