KUALA LUMPUR:Penyerang Pahang, Dickson Nwakaeme memberi bayangan bakal meninggalkan skuad Tok Gajah akhir musim ini, selepas kekalahan 2-3 kepada pasukan Kedah pada aksi Piala Malaysia, semalam.
Pemain berusia 34 tahun dari Nigeria itu berkata, beliau sedia bertanggungjawab di atas kekalahan dihadapi skuad Pahang di Stadium Darul Aman malam tadi dan meminta agar peminat bola sepak Pahang tidak mengkritik pemain lain.
"Jika mahu berkata sesuatu, katakan kepada saya bukan pemain lain. Dalam keadaan baik, semua menyebut nama saya dan saya gembira. Saya juga mahu dikritik kerana rakan-rakan sepasukan saya telah berikan segalanya (untuk perlawanan).
"Cuma kami tidak bernasib baik untuk menang ke atas pasukan bagus. Saya sentiasa berikan yang terbaik apabila menyarung jersi Pahang. Namun, kadang-kadang yang terbaik itu tidak mencukupi. Lebih menyedihkan ini adalah perlawanan terakhir saya bersama Pahang," katanya dalam hantaran di Instagramnya.
Pada perlawanan malam tadi, tuan rumah mendahului selesa dengan kedudukan 3-0 pada babak pertama menerusi jaringan Muhammad Shakir Hamzah pada minit ke-17, diikuti gol Kpah Sherman dan Kipre Tchetche masing-masing pada minit ke-36 dan 44.
Pahang bangkit pada separuh masa kedua menerusi gol Muslim Ahmad pada minit ke-49 dan Mohd Faizal Abdul Rani pada minit ke-88.
Pahang sebelum itu dihadiahkan sepakan penalti namun gagal disempurnakan oleh Nwakaeme untuk gol kedua pasukan.
Nwakaeme kembali menyarung jersi Pahang pada 2019 dan membuktikan beliau adalah penyerang berbisa musim lepas setelah meledak 19 gol bersama Pahang, termasuk sembilan gol dalam saingan Piala Malaysia.
Nwaekaeme yang digelar 'Orang Besi' dalam kalangan rakan sepasukan menyifatkan Pahang adalah kampung keduanya kerana pernah mencipta kejayaan manis menjulang Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih pada 2014. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 07 2020

Nwakaeme yang berasal dari Nigeria sedia bertanggungjawab di atas kekalahan dihadapi skuad Pahang di Stadium Darul Aman malam tadi. - Gambar BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 7 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).
AWANI Tonight 6 March 2025
AWANI Tonight with Farhana Sheikh
1. UMNO denies links to MACC probe into ex-PM Ismail Sabri
2. Govt introduces special passes for investors, expats
1. UMNO denies links to MACC probe into ex-PM Ismail Sabri
2. Govt introduces special passes for investors, expats

KKM laksana pelbagai usaha capai matlamat masyarakat bebas rokok
Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan usaha mencapai matlamat masyarakat bebas rokok melalui pelbagai pendekatan dan program.

Aaron perlu fokus pemulihan sebelum ke Seluruh England 2025 - Roslin
Aaron Chia dinasihatkan supaya memberikan lebih tumpuan kepada pemulihan kecederaan pergelangan tangan berulang yang dialaminya menjelang Kejohanan Badminton Seluruh England 2025.

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama PM, Jemaah Menteri
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara, malam ini.
AWANI 7:45 [6/3/2025] – Tindakan undang-undang | Polis siasat 40 tan peluru hidup | Aktiviti anak di sekolah dirakam | Setakat 25 Februari 2025
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Wang tunai dan jongkong emas, tiada kaitan dengan UMNO
-Jumlah sitaan sindiket e-waste, mencecah RM3.9 bilion
-Pegawai penguatkuasa e-waste diugut, aktiviti anak di sekolah dirakam
-750 rakyat Malaysia diselamatkan, mangsa sindiket pekerjaan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Wang tunai dan jongkong emas, tiada kaitan dengan UMNO
-Jumlah sitaan sindiket e-waste, mencecah RM3.9 bilion
-Pegawai penguatkuasa e-waste diugut, aktiviti anak di sekolah dirakam
-750 rakyat Malaysia diselamatkan, mangsa sindiket pekerjaan

Letupan periuk api ragut 4 nyawa di Hodeidah, Yemen
Empat individu, termasuk seorang kanak-kanak, terkorban dalam bencana letupan periuk api di wilayah barat Yemen, Hodeidah, kata pegawai perubatan tempatan pada Khamis.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4230/4270 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4270/4320 pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Nwakaeme tinggalkan Tok Gajah?
Penyerang Pahang Dickson Nwakaeme memberi bayangan bakal meninggalkan skuad Tok Gajah akhir musim ini.

Pahang tempah tiket suku akhir
Dickson Nwakaeme muncul wira pasukan Pahang menewaskan Sabah 1-0.

Tok Gajah baham Sang Penyu
Pemain lincah, Faisal Abdul Halim, memulakan kebangkitan Pahang dengan gol seawal minit ketujuh menerusi tolakan mudah selepas percubaan Mohamadou Sumareh gagal ditangkap kemas Mohd Suffian Rahman.

Dollah gesa Tok Gajah berjuang habis-habisan
Selepas sembilan perlawanan, Pahang dibezakan hanya dua mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dickson Nwakaeme minta RM400 ribu
Itulah jumlah gaji yang diminta bekas penyerang Pahang FC itu apabila didekati Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) yang berkenan membawa pemain itu ke Terengganu.

'Jika saya ke Selangor, bukan kerana Zainal' - Dickson Nwakaeme
Penyerang Pahang Dickson Nwakaeme nafi dakwaan dia antara pakej yang akan di bawa oleh bekas jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan untuk ke pasukan baru musim depan.

Pahang tempah slot suku akhir
Pahang mengesah tempat ke suku akhir Piala Malaysia 2015 selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas PDRM, malam tadi.

Zesh, Dickson beraya di Pahang
Gandingan import Zesh Rahman dan Dickson Nwakaeme menyambut lebaran Aidilfitri dalam suasana berbeza apabila memutuskan untuk beraya di Kuantan, Pahang tahun ini.

Pahang hidupkan peluang ke pusingan kedua Piala AFC
Pasukan Pahang kembali menghidupkan peluang ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) setelah melakar kemenangan 7-4 ke atas wakil Myanmar, Yadanarbon FC.