KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O'Donell mencadangkan agar jurulatih asing dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.
O'Donell, 54, yang baharu memulakan tugasnya dengan kontrak selama tiga tahun pada Rabu menganggap tindakan itu perlu untuk kebaikan jangka masa panjang bola sepak negara.
"Saya melihat bahawa skuad Harimau Malaya selepas ini perlu dibimbing oleh jurulatih asing bagi mengubah landskap dan masa depan bola sepak Malaysia ke satu dimensi baharu, bukan hanya untuk jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang," katanya menerusi kenyataan daripada FAM.
FAM dijangka membincangkan mengenai perkara itu dalam masa terdekat, dengan Ketua Jurulatih Skuad Bawah-22 tahun negara Brad Maloney dan Bojan Hodak yang membantu Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, dikaitkan dengan jawatan itu.
Ini selepas FAM mengumumkan peletakan jawatan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan pada Isnin lepas. Cheng Hoe mengambil tanggungjawab ke atas kegagalan skuad Harimau Malaya mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2020, bulan lepas.
Sementara itu, O'Donell juga mahu meneruskan kesinambungan dan memperkasakan lagi F:30 yang telah dilancarkan pada 31 Okt 2018, yang merupakan peta hala tuju atau roadmap FAM bagi tempoh 12 tahun.
"F:30 ialah pelan strategi untuk 2019 hingga 2030, namun pandemik COVID-19 telah menjejaskan perancangan ini. Peta hala tuju ini sememangnya pelan yang bagus tetapi ia boleh dikembangkan mengikut peredaran dan kesesuaian masa.
"Tidak semestinya ia hanya tertumpu kepada apa yang kita ingin capai dalam membangunkan bola sepak negara, iaitu pasukan kebangsaan yang berprofil tinggi, tetapi ia juga meliputi pembangunan akar umbi, belia, pendidikan jurulatih, bola sepak wanita, futsal dan bola sepak pantai, yang mana kesemua itu juga penting," kata O'Donell.
O'Donell mempunyai pengalaman luas apabila memegang peranan sebagai Pengajar Jurulatih / Pakar /Mentor Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak 2009 dengan fokus utamanya kepada pembangunan belia, pembangunan jurulatih, pengarah teknikal dan pementoran serta Pengajar Jurulatih Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) iaitu sebagai pengajar bagi Lesen Pro, A, B dan C.
Bekas tonggak pertahanan Kuala Lumpur pada 1994-1995 itu juga, pernah menggalas tanggungjawab selaku Jurulatih Geylang United (2003-2005) di Singapura, Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Kemboja sebanyak dua kali, iaitu pada 2005-2007 dan 2009-2010, sebelum menjadi Pengarah Teknikal Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) pada 2015-2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022

O'Donell mahu meneruskan kesinambungan dan memperkasakan lagi F:30 yang dilancarkan pada 31 Okt 2018, iaitu peta hala tuju FAM bagi tempoh 12 tahun. - Gambar fail BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Kim Swee letak jawatan Pengarah Teknikal FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Teknikalnya Datuk Ong Kim Swee, yang akan kembali ke kancah kejurulatihan.