Larian Obor Sukan SEA 2017 (KL2017), peringkat negeri Perak, tiba di Dewan Merdeka Parit Buntar kira-kira pukul 10.40 pagi Khamis.
Larian yang diketuai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh Datuk Mahmud Zakaria yang diiringi kira-kira 100 pelari, merupakan sebahagian daripada jelajah Larian Obor KL2017 peringkat negeri yang bermula Isnin lepas.
Mahmud kemudiannya menyerahkan obor tersebut kepada Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Larian akan diteruskan esok bermula dari Parit Buntar dan melalui daerah Bagan Serai sebelum diserahkan kepada wakil daerah Larut Matang Selama di Kampung Dew, dekat sini pada pukul 5.20 petang hari yang sama.
Shahrul Zaman berkata larian obor peringkat Perak akan diteruskan di tujuh daerah iaitu di Kerian (esok), Larut Matang Selama (8 Julai), Bagan Datuk dan Batang Padang masing-masing pada 9 Julai, Kuala Kangsar dan Lenggong masing-masing pada 10 Julai, manakala Gerik pada 12 Julai.
"Obor itu akan diarak di setiap daerah dan yang terakhir akan diarak dengan rakit di Tasik Banding (Gerik) pada 12 Julai ini sebelum diserahkan kepada wakil negeri Kelantan di Jeli, pukul 3 petang, pada hari yang sama," katanya.
Perak merupakan negeri ke-10 melaksanakan Larian Obor KL2017, selepas Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2017

Datuk Shahrul Zaman Yahya membawa Obor bersama ADUN Sungai Acheh Datuk Mahmud Zakaria pada majlis penerimaan Obor Sukan Sea 2017 - Foto Bernama

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan orang ramai berwaspada dengan laman sesawang palsu yang menyamar sebagai platform rasmi kementerian itu bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.

Sukan Olimpik Paris: Larian obor terencat gara-gara kawah gagal dinyalakan
Momentum semangat untuk menyambut temasya Olimpik Paris 2024 sedikit terganggu gara-gara disebabkan kawah obor yang gagal menyala sebaik tamatnya fasa larian.

Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.

IOC, penganjur Olimpik Tokyo setuju mudahkan acara
Penganjur akan mempertimbangkan untuk mengurangkan jumlah orang yang terlibat dalam setiap acara selain atlet dan penonton mungkin termasuk pegawai IOC dan wakil badan sukan kebangsaan.

Khairul Hafiz perlu terbuka terima jurulatih baharu
Datuk Rabuan Pit berkata pelari berusia 20 tahun itu tidak seharusnya hanya mahu bergantung dengan khidmat jurulatihnya Mohd Poad Md Kassim.

Obor Sukan SEA 2017 tiba di Parit Buntar
Larian Obor Sukan SEA 2017 (KL2017), peringkat negeri Perak, tiba di Dewan Merdeka Parit Buntar kira-kira pukul 10.40 pagi Khamis.

Puasa tidak halang larian obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
Penganjur akan menimbangkan untuk melakukan larian tersebut pada sebelah petang dan berhenti seketika menjelang waktu berbuka puasa sebelum meneruskannya pada sebelah malam.