CHEF-De-Mission (CDM) Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi, bengang sebaik mendapat tahu perkhabaran jurulatih pecut negara, Poad Md Kassim, terpaksa meraih simpati daripada penajaan luar demi melihat aksi anak buahnya beraksi dalam Sukan Asia 2018.
Azim tidak bersetuju dengan layanan yang diterima Poad sambil menegaskan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) perlu lebih bertanggungjawab dan bukan mengambil sikap lepas tangan.
"Ini adalah satu amalan yang tidak baik dan kami telah mengambil maklum tentang perkara ini kerana pada masa akan datang, kami mungkin tidak akan melayan mereka lagi.
"Apabila berjumpa dan bertanya berkali-kali sama ada dana itu mencukupi atau tidak untuk membiayai atlet-atlet di bawah kategori B, semua menjawab segalanya cukup dan memiliki duit tetapi kini, atlet didapati terpaksa mencari dana pembiayaan.
"Ini adalah satu amalan yang salah dan saya meminta persatuan menghentikan situasi sebegini kerana atlet yang akan menaikkan nama negara," kata Azim.
Hakikatnya, Poad akan ke Jakarta menerusi penajaan tempat tinggal, tiket penerbangan dan duit belanja daripada pihak ketiga yang memahami situasi pengendali itu.
Namun, Poad ke Gelora Bung Karno hanya sebagai pemerhati di tempat duduk penyokong kerana keistimewaan selaku jurulatih tidak diberikan oleh KOM.
"Saya agak kecewa kerana saya telah menemui semua persatuan dan apabila ditanya, semuanya bagus. Namun, tatkala pembukaan rasmi berbaki beberapa hari, segalanya berubah.
"Saya kecewa dan berharap persatuan akan menghentikannya."
Inisiatif Poad dalam menagih penajaan cukup menggambarkan keinginannya menyaksikan sendiri hasil usaha anak buahnya sejak awal tahun lalu.
Ia dikuatkan lagi dengan prestasi memberangsangkan kuartet 4x100 meter negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu apabila berjaya melangkah ke final.
Astro Arena
Sun Aug 19 2018

Poad (kiri) akan ke Jakarta menerusi penajaan tempat tinggal, tiket penerbangan dan duit belanja daripada pihak ketiga. - Gambar fail

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Liga Super: Perak FC tiada isu kredibiliti Lim Teong Kim
Ramai mempersoalkan sejauh mana kemampuan sebenar Teong Kim berikutan keputusan dalam saingan Liga Super yang tidak memberangsangkan.

Olahraga: Azim kecewa situasi yang dihadapi Poad
Azim tidak bersetuju dengan layanan yang diterima Poad sambil menegaskan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) perlu lebih bertanggungjawab dan bukan mengambil sikap lepas tangan.