PENINJU Britain Anthony Joshua gagal mempertahankan gelaran juara dunia kategori Heavyweight WBO selepas tewas kepada peninju Ukraine Oleksandr Usyk melalui kiraan mata di Stadium Tottenham Hotspur Stadium.
Usyk mempamerkan aksi bertaraf dunia sepanjang 12 pusingan di hadapan 65,000 penonton dengan beberapa tumbukan yang dilihat melemahkan Joshua.
Ada ketika Joshua dilihat tidak mampu menahan asakan tumbukan tangan kiri Usyk sehingga memaksa peninju berusia 31 tahun ke penjuru gelanggang.
Selepas 12 pusingan pengadil memberikan Usyk kemenangan dengan skor 117-112, 116-112 dan 115-113.
Kemenangan itu mengekalkan rekod tanpa kalah 19-0 (13 KO) milik Usyk manakala Joshua dengan 24-2 (22 KO)
Usyk turut merangkul gelaran WBA dan IBF milik Joshua.
Peninju berusia 34 tahun itu merupakan peninju ketiga daripada kategori cruiserweight yang merangkul gelaran itu selepas Evander Holyfield dan David Haye.
Kedua-dua peninju dijangka mengadakan perlawanan semula selepas ini.
Hakim Rahman
Sun Sep 26 2021

Oleksandr Usyk menerima ucapan tahniah selepas menewaskan Anthony Joshua di Stadium Tottenham Hotspur, London, 25 Sept, 2021. (Foto AP)
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Oleksandr Usyk juara dunia heavyweight baharu
Usyk mempamerkan aksi bertaraf dunia sepanjang 12 pusingan di hadapan 65,000 penonton dengan beberapa tumbukan yang dilihat melemahkan Joshua.

Kepa, De Gea perlu belajar daripada Anthony Joshua - Southall
Penjaga gol Manchester United, De Gea, turut melewati beberapa kempen sukar dan berada dalam tekanan untuk mengekalkan kedudukannya.

Kejuaraan dunia Anthony Joshua dirampas Andy Ruiz Jr menerusi TKO
Jaguh tinju sesasi Britain, Anthony Joshua dikejutkan dengan kekalahan pertama dalam kariernya sebagai peninju professional.