PARIS: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan tiket ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mencatatkan kemenangan kedua beturut-turut pada peringkat kumpulan masing-masing hari ini.
Bagaimanapun, kedua-dua pasangan itu akan menghadapi cabaran yang lebih sukar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk menentukan juara kumpulan dan lawan mereka yang berpotensi di pusingan kalah mati.
Beregu nombor empat dunia, Aaron-Wooi Yik, yang merupakan pemenang pingat gangsa edisi Tokyo 2020 menewaskan beregu Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura, 21-10, 21-15 dalam perlawanan Kumpulan A yang berlangsung selama 40 minit.
Menanti juara dunia 2022 itu adalah pasangan nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, yang sebelum ini menewaskan gandingan Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy 21-18, 13-21, 21-14.
" Perlawanan seterusnya adalah sukar tetapi ia lebih kepada kekuatan mental. Kami hanya perlu mengawal mental dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan itu," kata Wooi Yik kepada Bernama selepas aksi di Porte de La Chapelle Arena di sini.
Berdasarkan rekod, Aaron-Wooi Yik hanya menang dua kali dalam lapan pertemuan dengan wakil China itu dengan kali terakhir menang ada separuh akhir Piala Thomas April lalu ketika Malaysia tewas 1-3 kepada tuan rumah di Chengdu.
Semalam, mereka bangkit dari kekalahan set pertama untuk menewaskan pasangan nombor 18 dunia, Lane-Vendy 19-21, 21-16, 21-11.
Sementara itu, pasangan Tang Jie-Ee Wei merekodkan kemenangan kedua dalam Kumpulan D dengan menewaskan gandingan Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai 21-15, 24-22 seelepas memulakan kempen dengan mengatasi pasangan Singapura, Terry Hee-Jessica Tan 23-21, 21-12 semalam.
Dua kemenangan itu membolehkan Tang Jie-Ee Wei menjamin kedudukan dua teratas kumpulan tidak kira keputusan yang akan dicatatkan mereka dalam aksi terakhir menentang juara Asia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika beraksi menentang beregu lelaki Kanada Adam Dong dan Nyl Yakura dalam acara badminton pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle hari ini. - Foto BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Azizulhasni tunai janji kepada keluarga, Paris 2024 terakhir
"Saya ada banyak perancangan tapi saya cuma mahu berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan relaks dahulu."

Program pembangunan skateboarding negara bermula sekarang
MySKATE dan The Razkals bekerjasama untuk memulakan pembangunan sukan papan selaju negara di Kejohanan Dunia Street di Tokyo.

Jepun pilihan tepat untuk negara buru pingat emas pertama di Olimpik Paris 2024 - Hannah
Memilih Jepun sebagai sumber inspirasi adalah pilihan tepat delegasi Jawatankuasa Road to Gold (RTG) dalam usaha memburu pingat emas pertama negara.

Maloney mahu terus bersama skuad B-23 sehingga Olimpik Paris 2024
Maloney akan melakukan rombakan bagi skuad sedia ada bagi menghadapi perlawanan pelengkap Kumpulan C menentang Vietnam Rabu ini.

Ahmad Faizal umum tiga agenda persiap kontinjen Malaysia hadapi Paris 2024
Ahmad Faizal mengumumkan tiga agenda yang bakal dilaksana dalam mempersiap kontinjen negara bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik serta Paralimpik Paris 2024 dan seterusnya.