KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal berkampung di Belgium mulai 25 Mei ini untuk mengambil bahagian dalam hampir 20 kejohanan sebagai aksi pemanas badan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
Perkara itu dikongsikan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh Gill, yang turut memaklumkan atlet berusia 27 tahun itu akan terlepas aksi di Kejohanan Berbasikal Jalan Raya di Almaty, Kazakhstan pada 5 hingga 12 Jun ini.
"Saya telah berbincang dengan (jurulatih berbasikal lebuh raya wanita) Amir (Mustafa Rusli). Bermula 25 Mei ini, Nur Aisyah akan ke Belgium dan berada di sana hingga beliau mengambil bahagian di Olimpik.
"Semasa di sana beliau akan menyertai lebih kurang 20 kejohanan, iaitu antara Belgium dengan Belanda. Jadi, saya rasa jadual beliau penuh," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Ditanya sekiranya terdapat pelumba lain yang akan mengiringi Nur Aisyah di luar negara, Amarjit berkata badan induk itu sedang berusaha membawa pelumba berbasikal lebuh raya wanita simpanan sebagai persiapan awal sekiranya berlaku sebarang kejadian di luar kawalan.
Nur Aisyah menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik, selain tiga atlet berbasikal trek iaitu Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang turut layak ke temasya sukan terbesar dunia itu yang dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

Nur Aisyah menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal berada di Belgium mulai 25 Mei ini menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.